BM | EN | 中文

Kerajaan perlu pandang serius laporan rasuah seks dan wang kartel import ‘daging halal’

syahredzan_johan.jpg

Syahredzan Johan (Gambar Ehsan hakam.org)

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 22 DIS: Kerajaan perlu memandang serius pendedahan mengenai sebuah ‘kartel’ melibatkan pegawai dalam agensi-agensi kerajaan menerima pelbagai jenis habuan, termasuk wang dan seks, bagi melicinkan operasi import daging ke negara ini.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Syahrezan Johan memetik laporan New Straits Times pada 21 dan 22 Disember mengenai ‘kartel’ pengimport daging ke Malaysia yang bersubahat untuk membawa daging ke Malaysia kononnya sebagai daging berstatus halal.

“Menurut laporan-laporan tersebut, antara daging-daging yang dibawa masuk adalah daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging yang berstatus halal.

Advertisement

“Laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa pegawai-pegawai yang terlibat telah menerima pelbagai jenis habuan, termasuk wang dan seks, bagi membolehkan kartel tersebut beroperasi mengimport daging-daging tersebut.

“Laporan-laporan ini telah menimbulkan kegusaran dan kebimbangan di kalangan umat Islam di Malaysia.

“Status halal daging-daging yang berada di pasaran Malaysia mendapat kepercayaan yang tinggi di kalangan rakyat, khususnya yang beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, laporan tersebut menimbulkan persoalan mengenai keselamatan makanan (food safety) di Malaysia yang bukan sahaja melibatkan mereka yang beragama Islam, tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.

“Dilaporkan bahawa daging-daging yang dibawa masuk adalah haiwan yang berpenyakit atau daging yang berkualiti rendah.

“Ia sudah tentu akan memberi kesan kepada keyakinan orang ramai terhadap status halal daging-daging tersebut dan juga dari aspek keselamatan makanan, termasuk cara daging-daging ini dikendalikan dan disimpan,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga seorang pengamal undang-undang berkata, kerajaan perlu memandang serius terhadap laporan ini, dan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus segera menjalankan siasatan yang menyeluruh ke atas perkara yang didedahkan oleh laporan-laporan tersebut.

“Perkara ini, sekiranya benar, sekali lagi menunjukkan bahawa rasuah dan korupsi adalah barah dalam masyarakat.

“Ia bukan sahaja merugikan negara dari segi wang ringgit, tetapi boleh menghakis keyakinan umum terhadap integriti daging-daging halal yang dibawa masuk ke dalam negara, di samping menimbulkan keraguan terhadap keselamatan makanan di Malaysia,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top