BM | EN | 中文

Kerajaan perlu naik taraf sistem perparitan sedia ada untuk atasi masalah banjir kilat sekitar Parlimen Tanjung Piai

IMG-20200711-WA0024.jpg
Advertisement

PONTIAN, 11 JULAI: Sistem perparitan yang dibina sekitar tahun 1970-an dipercayai merupakan antara faktor kejadian banjir kilat kerap berlaku di sekitar Parlimen Tanjung Piai, di sini sejak dua bulan lalu.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng berkata, sehubungan itu pihaknya berharap kerajaan dapat melakukan penambahbaikan terhadap sistem perparitan sedia ada.

“Sistem perparitan sedia ada yang dibangunkan pada tahun 1970-an kini sudah ketinggalan zaman. Peningkatan perlu dibuat bagi memastikan masalah banjir kilat ini dapat diatasi.

Advertisement

“Dalam bulan Jun dan Julai ini, kejadian banjir kilat kerap berlaku khususnya selepas hujan turun. Dalam bulan ini sahaja, sudah dua kali,” katanya kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkenaan Banjir di Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Piai, di sini hari ini.

Tambah beliau, dianggarkan lebih 1,000 buah keluarga daripada 40 kampung dan taman terjejas akibat kejadian banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

“Usaha menaik taraf sistem perparitan sedia ada ini penting untuk mengelakkan masalah ini daripada terus berlaku, sama ada dengan penyelenggaraan yang lebih baik atau pembersihan kawasan perparitan,” ujarnya.

Advertisement

Sementara itu, Jeck Seng yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, pihaknya sedang merangka model tanaman integrasi bagi membantu pekebun kecil di negara ini mendapatkan pendapatan sampingan.

Menurutnya, model yang sedang dibangunkan itu dijangka tidak akan membebankan pekebun kecil yang berminat untuk melaksanakannya.

“Antara tanaman alternatif yang dicadangkan termasuklah tanaman nanas dan cendawan.

Advertisement

“Bagi memberi galakan, kerajaan akan menyediakan bantuan pinjaman, bantuan pengurusan serta pembelian semula hasil tanaman dengan harga berpatutan,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top