BM | EN | 中文

Kerajaan perlu mula rancang pembelajaran online – AWAN Johor

Wanita-Amanah-Norhayati-Bidin-AWAN-Johor.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 9 OKT: Kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan perlu mula merancang semula kaedah pembelajaran secara dalam talian (online) sekiranya sekolah-sekolah mulai ditutup susulan penularan semula wabak Covid-19.

Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin berkata ini berikutan berlakunya gelombang ketiga seperti dinyatakan sebelum ini oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Tan Seri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Saya harap perkara ini dapat dipertimbangkan. Sekiranya perlu sesi persekolahan di negara ini perlu ditutup secara fizikal dan pelajar atau murid boleh mengikutinya secara maya,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Beliau menambah, kerajaan juga perlu bersedia dengan kaedah berkesan bagi ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka sekiranya sesi persekolahan ditangguhkan.

“Situasi ibubapa bekerja manakala anak-anak dirumah disebabkan tidak perlu hadir kesekolah pun akan mewujudkan suasana baru bagi sesetengah keluarga.

“Risau dengan keberadaan anak-anak dirumah tanpa pemantauan. Saya syorkan kerajaan anugerahkan saraan tunai untuk ibubapa yang terpaksa bercuti untuk menjaga anak-anak dirumah sehingga wabak ini berakhir.

Advertisement

“Kerajaan perlu buka dana untuk menangani perkara ini sehingga selesai.

“Tidak dinafikan, pendidikan dan keselamatan anak-anak perlu diberi jaminan terbaik setiap masa dari kerajaan di waktu penularan Covid-19 ini,” katanya lagi.

Norhayati menambah, untuk rekod sehingga semalam terdapat beberapa sekolah melakukan pengasingan pelajar kerana terdapat murid-murid dicurigai berhubung dengan mereka yang sudah dijangkiti Covid.

Advertisement

“Angka yang tinggi ini menimbulkan kebimbangan para ibu bapa. Kita sedia maklum terdapat juga beberapa guru yang mula diancam dengan penularan wabak ini.

“Kita juga sedia maklum di mana wabak ini boleh membabitkan kematian terhadap kanak-kanak seperti mana yang berlaku semalam apabila salah seorang korban adalah bayi yang berusia setahun,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top