BM | EN | 中文

Kerajaan perlu lanjutkan Kempen Pemilikan Rumah, bantu sektor hartanah

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 19 MEI: Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng menggesa Kerajaan Perikatan Nasional (PN) melanjutkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) hingga akhir Disember depan seperti yang telah dijanjikan.

Menurut Guan Eng, ia bertujuan untuk membantu sektor hartanah pulih dari perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0 dan mengurangkan RM40 bilion nilai rumah tidak terjual bagi unit kediaman dan pangsapuri servis yang direkodkan pada tahun 2020.

Untuk rekod, HOC telah dilancarkan kali pertama pada tahun 2019 dan berjaya menghasilkan penjualan berjumlah RM23.2 bilion pada tahun 2019, melepasi sasaran awal Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada masa itu iaitu RM 17 bilion.

Advertisement

Jelas Guan Eng, HOC bakal berakhir 31 Mei 2021 setelah dilancarkan pada 1 Jun 2020 apabila kerajaan PN memperkenalkan semula HOC di bawah Pelan Jangka Pendek Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk merangsang pasaran hartanah yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun, HOC akan berakhir pada akhir Mei setelah Kementerian Kewangan enggan melanjutkannya hingga akhir tahun ini kerana kutipan duti setem berjumlah RM500 juta dilepaskan.

“Ini akan menjadi satu lagi janji yang dimungkiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Zuraida Kamaruddin,” kata setiausaha DAP itu dalam satu kenyataan semalam.

Advertisement

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan Roketkini berkata, walaupun terdapat kemungkinan kerugian hasil duti setem sekitar RM500 juta, jumlah itu boleh didapatkan semula menerusi cukai korporat ke atas keuntungan yang diperoleh pemaju dari hasil penjualan RM36 bilion seperti yang dianggarkan atau lebih lagi.

“Berapa sangat RM500 juta hasil duti setem yang dilepaskan sekiranya lanjutan HOC hingga 31 Disember 2021 seperti yang dijanjikan…

“(Ia) bukan sahaja dapat membantu mengurangkan RM40 bilion rumah tidak terjual bagi unit kediaman dan pangsapuri servis, tetapi juga membantu sektor hartanah pulih dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0?” soalnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top