BM | EN | 中文

Kerajaan perlu lakukan ujian saringan besar-besaran dan percepat kadar vaksinasi harian

Lim-Guan-Eng-LGE.jpg

Lim Guan Eng (Gambar Ehsa The Star)

Advertisement

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Kerajaan digesa untuk melakukan ujian saringan massa selain mempercepatkan kadar vaksinasi yang semakin menurun daripada sasaran harian 500,000 dos.

Ahli parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan, ujian saringan massa dan vaksinasi adalah satu-satunya bentuk perlindungan yang tersedia kepada kumpulan rentan rakyat Malaysia, terutama mereka yang tidak sihat dan mempunyai masalah kesihatan.

Tambahnya, kerajaan juga perlu menjelaskan mengapa kadar vaksinasi harian menurun dari sasaran harian 500,000 dos kepada 396,578 dos pada 23 Ogos 2021.

Advertisement

“Kerajaan perlu menjelaskan mengapa kadar vaksinasi menurun dari 531,114 dos pada 18 Ogos kepada kurang daripada 400,000 dos sekarang,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Terdahulu, Guan Eng dilaporkan Roketkini sebagai berkata, usaha ujian saringan massa perlu diperluas kepada sekurang-kurangnya 1 peratus penduduk atau 320,000 ujian setiap hari di Malaysia supaya jangkitan dapat dikesan lebih awal dengan kuarantin dan rawatan.

“Imuniti kelompok harus dicapai hanya melalui suntikan vaksin, bukan melalui jangkitan dan suntikan vaksin,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top