BM | EN | 中文

Kerajaan perlu kemuka cadangan ganti HSR – DAP Johor

MyHSR-Corp-HSR.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 JAN: Kerajaan Persekutuan perlu segera mengemukakan cadangan penggantian pembangunan infrastruktur pengangkutan susulan penamatan perjanjian dua hala projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Wakil-wakil rakyat DAP Johor dalam satu kenyataan berkata ia sebagai penggantian pembangunan infrastruktur pengangkutan susulan penamatan perjanjian dua hala projek HSR dalam usaha memacu ekonomi Johor dan meningkatkan kesalinghubungan serantau.

“Johor telah menjadi penyumbang keempat dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia secara keseluruhan dengan nilai RM134 bilion bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Advertisement

“Namun begitu, jaringan infrastruktur pengangkutan tidak menterjemahkan sumbangan pacuan ekonomi berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Tan Hong Pin (Skudai), Chew Chong Sin (Mengkibol), Yeo Tung Siong (Pekan Nenas), Ng Yak Howe (Bentayan) dan Gan Peck Cheng (Penggaram).

Mereka turut memaklumkan akan mengemukakan cadangan pembangunan jaringan infrakstruktur pengangkutan di kawasan yang terlibat kepada Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam masa terdekat.

Advertisement

Tambah kenyataan itu lagi, koridor pantai barat yang merangkumi daerah Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat dan Muar memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negeri Johor.

Malah katanya, kelemahan jaringan sistem pengangkutan di negeri Johor telah ditekankan menjadi teras dan tumpuan oleh kerajaan Johor melalui Pelan Pembangunan Mampan Johor (PPMJ) 2030.

“Cadangan itu diharap menjadi pemangkin pembangunan ekonomi berdaya tahan sekaligus memberi limpahan kemakmuran kepada negeri Johor dalam tempoh 10 tahun mendatang.

Advertisement

“Ia seharusnya menjadi pemangkin pembangunan ekonomi berdaya tahan sekaligus memberi limpahan kemakmuran kepada negeri Johor dalam tempoh 10 tahun mendatang,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top