BM | EN | 中文

Kerajaan perlu jujur jika vaksin tak cukup – Steven Sim

steven-sim-1.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 JUL: Ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menggesa kerajaan untuk sekurang-kurangnya memberikan tarikh temujanji vaksin yang munasabah kepada semua rakyat Malaysia yang sudah mendaftar dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan belum menerima vaksin.

Ini kerana katanya kerajaan telah menyatakan penjualan vaksin swasta dibenarkan kepada rakyat Malaysia menjelang bulan Ogos 2021 dan kini kurang lima hari menjelang 1 Ogos.

“Justeru, ramai lagi rakyat yang belum mendapat tarikh temujanji vaksin pertama sedangkan penjual swasta sudah bersedia untuk membuat untung menjual vaksin.

Advertisement

“Hanya ada satu sebab sahaja mengapa rakyat masih tidak diberikan temujanji vaksin: bekalan vaksin sebenarnya masih tidak mencukupi.

“Jika begitu, kerajaan patut membeli semua 14 juta dos vaksin yang bakal dijual kepada pasaran swasta oleh Pharmaniaga dan berikan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang sudah lama menunggu,” kata Steven, lapor Roketkini.

Ujarnya, setakat 28 Julai, seramai 20.3 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar untuk vaksin, namun, hanya 12.5 juta rakyat yang
menerima 1 dos vaksin.

Advertisement

“Jadi terdapat 7.8 juta rakyat yang masih menunggu vaksin mereka walaupun mereka sudah mendaftar.

“Ada yang telah mendaftar sejak Februari lagi, malah ada yang sepatutnya diberi vaksin dalam Fasa 2 PICK masih belum mendapat apa-apa tarikh temujanji vaksin.

“14 juta dos vaksin yang bakal dijual kepada pasaran swasta ini sekurang-kurangnya boleh memberikan dos pertama untuk semua 7.8 juta rakyat.

Advertisement

“Satu hari tanpa vaksin bermaksud nyawa 7.8 juta rakyat Malaysia yang belum divaksin itu berada dalam risiko bahaya yang amat besar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top