BM | EN | 中文

Kerajaan perlu jelaskan status projek PPR di Johor Bahru – Akmal Nasir

Akmal_Nasir_ahli_parlimen_Johor_Bahru_JB.jpg

Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 JUL: Kerajaan pusat diminta untuk menjelaskan status beberapa projek perumahan rakyat (PPR) di Johor Bahru, kata ahli parlimennya, Akmal Nasir.

Akmal dalam perbahasan titah Diraja di parlimen pada Isnin berkata, isu perumahan di kawasan parlimen ini sangat penting, apatah lagi kepada warga Johor Bahru dari golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah dan mahu segera mendiami perumahan rakyat (PPR).

“Projek-projek perunahan yang masih tidak sempurna di bandar raya Johor Bahru, seperti Prima Tebrau, Pangsapuri Desa Hajah Hasnah, Pangsapuri Desa Melayu, Pangsapuri Desa Jaya perlu disiapkan.

Advertisement

“Yang mana yang dah siap tapi tak sempurna perlu dibaiki, Kemudian, serahkan kepada penduduk dalam keadaan yang baik,” kata Akmal.

Johor Bahru, merupakan bandar raya yang pesat membangun berdepan masalah pemilikan rumah oleh warganya terutama dari mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Selain itu, negeri ini terutamanya di bandar raya Johor Bahru berdepan isu hartanah tidak terjual.

Advertisement

Menurut laporan pada Julai 2019, Johor mengalami isu hartanah tak terjual membabitkan kediaman, komersial dan industri sebanyak 51,459 unit dengan nilai RM36.754 bilion.

Dalam perkembangan lain Akmal turut meminta kerajaan menumpukan perhatian kepada isu setempat yang memberikan impak nasional, antaranya pembukaan sempadan Johor Bahru-Singapura.

“Persoalan mengenai pembukaan sempadan Johor Bahru-Singapura, biarlah perkara tersebut menguntungkan rakyat tempatan.

Advertisement

“Sementara kita pastikan agar apabila dibuka nanti tidak menyebabkan jangkitan merebak ke kawasan negara kita.

“Pastikan usaha ini juga benar-benar dapat memulihkan ekonomi tempatan dan memastikan bahawa nasib warganegara kita yang berulang-alik setiap hari itu kita jaga.

“Sebab yang berulang-alik diantara Johor Bahru dengan Singapura ini, bukan sahaja pengundi Johor Bahru, (tapi) serata Malaysia datang untuk bekerja disana,” kata Akmal.

Advertisement

Semalam, kerajaan Malaysia dan SIngapura bersetuju melaksanakan pergerakan rentas sempadan bersyarat menerusi dua inisiatif – Reciprocal Green Lane (RGL) atau Laluan Hijau Timbal Balik dan Periodic Commuting Arrangement (PCA) atau Pengaturan Ulang Alik Berkala.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan juga telah dimuktamadkan dan permohonan boleh dikemukakan kepada Jabatan Imigresen Malaysia bermula 10 Ogos.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top