BM | EN | 中文

Kerajaan perlu jelaskan isu peningkatan kes harian Covid-19

azhar-ismail-amanah-ledang.jpg
Advertisement

LEDANG, 1 MEI: Kerajaan perlu menjelaskan peningkatan angka baharu pesakit Covid-19 selepas pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) semenjak Januari lalu.

Menurut ahli jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail menegaskan bahawa kerajaan hari ini perlu membentangkan hasil dari pengisytiharaan PKP tersebut.

“Kena jelaskan kepada rakyat apakah kesan dari PKP ini. Jika ia gagal membendung angka kes harian Covid, ini bermakna kerajaan telah menyusahkan pelbagai pihak.

Advertisement

“Rakyat khususnya, mereka terpaksa berhadapan dengan keadaan yang mencabar akibat dari perlaksanaan PKP, tetapi kalau PKP ini tidak mendatangkan hasil, ia adalah suatu kezaliman kepada rakyat,” kata Azhar.

Tegasnya lagi, kerajaan harus merasa gagal selepas pelaksanaan PKP tidak menghasilkan penurunan angka pesakit.

“Sampai bila kerajaan nak berdalih lagi dan sememangnya rakyat terkesan dengan perlaksanaan PKP ini tetapi apa yang terjadi, angka Covid makin meningkat, kompaun terhadap rakyat juga makin melampau.

Advertisement

“Kerajaan kena bentang apakah pencapaiannya dalam isu ini. Kita tak mahu ia hanya sandiwara kerajaan untuk mempertahankan kuasa mereka semata,” tegasnya lagi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini secara sinis menyindir pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disifatkan sebagai gagal mencapai objektif utamanya.

Menurutnya, ini kerana Malaysia negara pertama yang merekodkan kes tinggi selepas PKP berbanding di awal pelaksanaannya.

Advertisement

Tambah beliau, pada 2 Mac lalu, kerajaan telah mengumumkan PKP 2.0 berakhir dan digantikan dengan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) walhal jumlah kes pada hari tersebut adalah sebanyak 2,528 berbanding 2,232 kes semasa darurat dan PKP 2.0 diisytihar.

Najib mendesak agar kerajaan melaksanakan langkah yang ‘pendek dan tajam’ iaitu amat ketat bagi tempoh dua minggu agar penularan dapat diputuskan dan penderitaan rakyat tidak berpanjangan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top