BM | EN | 中文

Kerajaan perlu jawab mengapa ada ‘frontliner’ tidak dapat elaun khas

Khairuddin-A-Rahim.jpg
Advertisement

Kerajaan Malaysia hari ini didesak untuk menjawab isu keciciran nama petugas dari jabatan yang terbabit dalam isu Covid 19 yang tidak mendapat elaun khas.

Perkara itu telah dipersoalkan oleh Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim yang meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mendiskriminasikan pembayaran tersebut.

Beliau turut meminta agar kerajaan memantau soal pembayaran elaun khas tersebut supaya sampai kepada mereka yang benar-benar berbakti menjadi ‘frontliner’ semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Advertisement

“Ada yang tidak dapat elaun khas tersebut sedang mereka itu bertugas tanpa ada cuti dan sebagainya. Ini adalah suatu tindakan yang tidak munasabah.

“Mana-mana jabatan yang terbabit perlu menyemak untuk memberikan elaun khas kepada mereka yang bertugas tanpa ada pilih bulu di kalangan mereka.

“Terdapat aduan yang diterima oleh saya yang menyatakan bahawa mereka sudah tidak lagi bersemangat untuk berbakti kerana imbuhan yang sepatutnya mereka dapat tidak diberikan kepada mereka,” ujarnya ketika dihubungi.

Advertisement

Menurutnya lagi yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor berkata elaun tersebut bukanlah sesuatu yang diinginkan oleh ‘frontliner’ tersebut ia sekdara pemangkin semangat.

“Jangan menafikan hak individu yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan PKP ini. Memang betul bukan elaun itu dikejarkan oleh mereka namun elaun tersebut adalah pemangkin semangat untuk mereka.

“Sekiranya hari ini pengagihan elaun tersebut tidak sistematik, ia akan merencatkan semangat petugas ini dari terus memberikan khidmat yang terbaik.

Advertisement

“Pemutihan perlu dilaksanakan dengan segera agar perkara seperti ini tidak berbangkit lagi dan pastinya akan ada golongan yang teraniaya,” ujarnya lagi.

Tambahnya, kerajaan harus membuat pemutihan terhadap pemberian elaun khas ini serta mengenal pasti petugas-petugas yang bertugas sepanjang PKP ini dilaksanakan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top