BM | EN | 中文

Kerajaan perlu dengar rintihan pengusaha, pemandu bas terjejas

Anthony_Loke.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 NOV: Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke menggesa Kementerian Pengangkutan mendengar rintihan dan mencari jalan bagi membantu pengusaha dan pemandu bas yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Walaupun ratusan juta diperuntukkan untuk pas bulanan MY30, katanya, ia hanya dapat membantu syarikat GLC, Prasarana dan bukannya pengusaha bas persendirian.

“Janganlah tunggu sehingga pemandu bas sekolah terpaksa memohon pertolongan daripada Ustaz Ebit Lew.

Advertisement

“Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ebit Lew yang membantu rakyat di merata tempat

“Saya pun mencontohi beliau namun saya hanya mampu bantu pemandu di Seremban sahaja,” ujarnya pada sesi perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, semalam.

Roketkini melaporkan beliau sebagai berkata, kerajaan perlu ada inisiatif yang lebih bersasar untuk membantu mereka.

Advertisement

Terdahulu, Anthony pada minggu lalu menyerahkan 350 set barangan keperluan kepada wakil tiga persatuan yang terdiri daripada pengusaha bas sekolah, pemandu lori dan pemandu teksi di Seremban.

Beliau berkata, sebagai mantan Menteri Pengangkutan, saya amat memahami kesusahan yang sedang dihadapi oleh pekerja-pekerja dalam sektor pengangkutan.

“Pendapatan mereka terjejas teruk akibat PKPB. Diharap sedikit bantuan ini meringankan beban mereka untuk menyambut perayaan,” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top