BM | EN | 中文

Kerajaan perlu dengar keluhan rakyat, bukan hanya pihak bank dan golongan atasan

Noor-Khalim-Sakib.jpg

Noor Khalim Sakib

Advertisement

BATU PAHAT, 24 JAN: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu meletakkan kepentingan rakyat dalam sebarang keputusan berikutan pelaksanaan PKP dan jangan hanya menyebelahi golongan atasan dan institusi kewangan sahaja.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Noor Khalim Sakib berkata, suara rakyat terabai apabila permintaan lanjutan moratorium tidak dipedulikan manakala penguatkuasaan hanya dilakukan kepada rakyat susulan SOP yang mengundang pertikaian.

“Hakikatnya rakyat tertekan dan mereka memerlukan bantuan dari kerajaan yang melaksanakan pelbagai SOP.

Advertisement

“Apa yang kita lihat hari ini, terdapat sikap ‘double standard’ yang ketara berlaku dan ianya telah ditegur berulang kali namun dipandang sepi oleh pihak kerajaan.

“Hari ini berkenaan dengan moratorium juga dipandang sepi juga oleh kerajaan. Dalam soal perniagaan yang dilanjutkan sehingga jam 10 malam, terdapat pula pihak yang dabik dada kononnya memperjuangkan perkara tersebut.

“Sedangkan semuanya ini adalah hasil yang diperjuangkan oleh rakyat dan tidak perlu mahu mengambil kredit dari apa yang diperjuangkan. Rakyat tahu siapa yang perjuangkan hak mereka,” jelasnya.

Advertisement

Beliau berkata, kerajaan dilihat cenderung mendengar kata-kata dari pihak institusi kewangan berkenaan moratorium berbanding suara rakyat.

“Permintaan rakyat adalah moratorium automatik, tetapi kerajaan tetap dengan kenyataan yang dilihat cenderung kepada pihak bank.

“Ini soal rakyat kebanyakan yang terpaksa dipotong gaji oleh majikan akibat perlaksanaan PKP membuatkan mereka hanya dibenarkan kerja dalam 12 – 15 hari sahaja sebulan.

Advertisement

“Selain itu isu kenaikan harga barangan makanan dan keperluan harian, kerajaan terus dilihat tidak pro kepada rakyat dengan tidak menetapkan konsep harga siling pada barangan keperluan tersebut.

“Akibat dari itu kerajaan sekali lagi perlu menimbangkan berkenaan kepentingan rakyat.

“Rakyat bukan saja-saja mohon moratorium automatik,”jelasnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top