BM | EN | 中文

Kerajaan perlu buktikan keprihatinan, kawal harga barang

azhar-ismail-1.jpg
Advertisement

LEDANG, 10 JUN: Kerajaan perlu membuktikan slogan keprihatinan terhadap nasib rakyat yang dilaungkan selama ini dengan mengawal harga barang keperluan.

Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Azhar Ismail berkata slogan ‘kerajaan prihatin’ perlu diterjemahkan melalui tindakan.

Katanya, ini kerana berlaku kenaikan harga minyak masak di pasaran yang membebankan rakyat.

Advertisement

“Janganlah beri alasan yang panjang lebar seperti ‘menteri sawit’ (Perusahaan Perladangan dan Komuditi, Khairuddin Aman Razali) sekiranya kerajaan benar-benar prihatin.

“Jawapan menteri itu hanya bersifat alasan bila kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah.

“Ini bukan ciri-ciri kerajaan prihatin. Kerajaan yang ada hari ini sememangnya gagal menjalankan tugas,” ujarnya.

Advertisement

Beliau turut menyenaraikan ketidakprihatinan terhadap nasib rakyat, antaranya melibatkan isu pendidikan, keselamatan negara, hak asasi wanita dan pengurusan Covid-19.

“Bukan setakat harga barangan, malah kerajaan tidak prihatin terhadap isu pendidikan rakyat di negara ini.

“Termasuk juga soal keselamatan negara yang mudah diceroboh dan pelbagai lagi yang berlaku di negara ini secara berulang kali.

Advertisement

“Menteri lain pun hanya membisu tanpa sebarang perhatian dari mereka.

“Ini bukan keprihatinan dan slogan yang selama ini dilaungkan hanya retorik semata-mata,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top