BM | EN | 中文

Kerajaan perlu bertegas terhadap industri yang mahu ambil warga asing kerana upah rendah

buruh-murah.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 NOV: Kerajaan perlu bertegas dalam membela nasib rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan terlebih dahulu sebelum memikirkan pemberian permit kerja sementara kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Pemikir Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata, kerajaan tidak perlu memenuhi hasrat atau kehendak industri yang ingin membayar gaji rendah kepada warga asing.

“Sekiranya wujud permintaan dari mana-mana sektor industri yang memerlukan pekerja asing sepatutnya kerajaan bertegas dengan menawarkan pekhidmatan rakyat negara ini.

Advertisement

“Pengumuman Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dalam isu pemberian pas sementara kepada PATI mengecewakan rakyat apatah lagi mereka yang hilang punca pendapatan dan tersepit.

“Rakyat mengharapkan ketegasan kerajaan dari segi pembelaan atas nasib mereka bukan dengan mengadaikan perkara tersebut kepada orang asing yang bukan warganegara,” tegasnya lagi.

Semalam media melaporkan, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi permit kerja sementara kepada PATI yang berada di negara ini bagi mengatasi masalah kekurangan pekerja asing dalam industri kelapa sawit dan getah.

Advertisement

Terdahulu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Abdul Jalil Rasheed berkata, kerajaan harus mengambil peluang ketika situasi wabak Covid-19 untuk mengatur semula ekonomi dengan menangani isu ketidaksamaan upah dan kebergantungan kepada pekerja asing.

Dalam satu wawancara katanya Malaysia masih terperangkap dengan kadar gaji yang rendah dan sesetengah pekerja masih dibayar gaji yang sama seperti pada tahun 1990-an, walaupun terdapat kenaikan inflasi.

Kata Rasheed, ketidaksamaan upah di negara ini akan menjadi penentu terbesar apakah Malaysia akan menuju negara akan maju, dan ia tidak akan berlaku sekiranya hanya akan bergantung kepada buruh murah.

Advertisement

Laporan tahunan Bank Negara Malaysia 2018 menyatakan bahawa pekerja Malaysia mendapat gaji yang lebih rendah berbanding sumbangan mereka terhadap pendapatan negara daripada perspektif produktiviti dan ekuiti, terutama ketika dibandingkan dengan penanda aras ekonomi maju dunia.

Bank Negara memberikan contoh sekiranya seseorang pekerja Malaysia menghasilkan output bernilai AS$ 1,000, dia akan dibayar sebanyak AS$ 340. Gaji sepadan yang diterima oleh seorang pekerja bagi penghasilan output yang sama di negara maju adalah bersamaan AS $ 510.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top