BM | EN | 中文

Kerajaan perlu beri pelitup muka fabrik boleh basuh percuma untuk pelajar sekolah – MP Johor Bahru

Beri-pelitup-muka-fabrik-boleh-basuh-secara-percuma-kepada-pelajar-sekolah-Akmal-Nasir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 31 JUL: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir mengulangi cadangan agar kerajaan memberikan pelitup muka fabrik tiga lapis (boleh basuh) secara percuma kepada semua pelajar pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Akmal berkata, ia berikutan dasar pemakaian pelitup muka secara mandotari yang akan bermula pada 1 Ogos 2020.

“Dengan jumlah murid seramai 5.4 juta termasuk pra-sekolah dan dengan memberi dua unit pelitup muka jenis fabrik kepada setiap murid, kos kepada kerajaan adalah kurang dari RM24 juta.

Advertisement

“Ini seterusnya akan mengurangkan beban kewangan kepada ibubapa yang perlu menyediakan topeng muka untuk anak-anak mereka,” kata Akmal dalam satu kenyataan.

Beliau menjelaskan kos RM24juta itu adalah berdasarkan anggaran setiap pelitup muka kurang daripada RM2.00 seunit.

Minggu lalu, cadangan sama telah turut dikemukakan oleh ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye.

Advertisement

Kata Akmal, beliau turut menerima aduan dari pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga berhubung kos pelitup muka dan kegusaran mereka mengenai kemungkinan penularan COVID-19 di sekolah.

“Maaf buat cikgu-cikgu dan ibubapa yang bertanyakan hal ini.

“Kita tidak boleh mengharapkan sangat sebab janji pelitup muka percuma kepada seisi rumah sampai sekarang tidak tahu apa statusnya.

Advertisement

“Kita perlu sentiasa peka dan waspada. Apa-apapun, kita jagalah kesihatan,” katanya lagi.

Beliau terdahulu mengedarkan pelitup muka secara percuma di sekitar kedai-kedai kopitiam di Taman Sentosa, Johor Bahru.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top