BM | EN | 中文

Kerajaan perlu bentang tahap pencapaian vaksinasi kepada umum – AWAN Johor

Norhayati-Bidin.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 9 MEI: Kerajaan perlu membentangkan tahap pencapaian vaksinasi kepada umum, kata Naib Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Johor, Norhayati Bidin.

Kata Norhayati, kerajaan perlu membentangkan perkembangan program vaksinasi serta peratusan penerima bagi memberi gambaran sebenar situasi di lapangan.

“Kita mahu program pemberian vaksin ini ‘on track’ bukan tersasar. Sekiranya program tersebut berjalan dengan lancar, usaha mengekang penularan Covid ini boleh dipastikan sebagai berjaya.

Advertisement

“Ini menunjukkan kegagalan kerajaan menguruskan hal pemberian vaksin ini. Malah lebih parah apa yang diusahakan menemui jalan buntu.

“Rakyat perlu tahu mengenai perkara ini. Kenaikan mendadak angka harian baharu amat membimbangkan dengan varian-varian Covid-19 yang baharu ditemui.

“Sekiranya kerajaan berada pada landasan yang betul, mereka tidak perlu takut atau menyembunyikan keadaan sebenar apa yang berlaku terhadap program pemberian vaksin tersebut,” tegasnya.

Advertisement

Sebelum itu, Norhayati mencadangkan PKP menyeluruh terlebih dahulu dan dalam pada masa yang sama memberikan suntikan vaksin berskala besar kepada rakyat dalam tempoh PKP berkenaan.

Tegasnya lagi, perkara tersebut penting bagi menjadikan negara ini bebas dari pandemik Covid-19.

“Buat saja PKP seperti Mac 2020 serta luangkan kewangan bagi membantu ekonomi rakyat.

Advertisement

“Dalam tempoh PKP itu, program suntikan vaksin secara berskala besar perlu dilakukan bagi memastikan pandemik dapat dikekang dari menular kepada lebih ramai orang lagi,” tegasnya lagi.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top