BM | EN | 中文

Kerajaan perlu bentang peratusan bantuan kepada golongan terjejas

Sharon-Teo-Siew-Hui.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 JUN: Kerajaan perlu membentangkan peratusan bantuan yang telah disalurkan kepada golongan terjejas, kata Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Sharon Teo.

Kata Sharon, masih ada permohonan oleh golongan yang memerlukan masih belum disampaikan dan perkara itu menimbulkan kesangsian terhadap gerak kerja pihak berkuasa.

“Berapa peratus bantuan keperluan hari ini telah disalurkan kepada golongan terjejas? Ramai di kalangan mereka dilaporkan tidak menerima sebarang sumbangan.

Advertisement

“Perkara ini serius. Ada pihak termasuk golongan miskin bandar yang terpaksa mengikat perut akibat sumbangan yang tidak sampai kepada mereka.

“Kita pun pelik, setiap hari ada sahaja pemimpin masyarakat dalam PN (Perikatan Nasional) menayangkan kerja mereka memberi sumbangan.

“Tetapi mengapa masih ramai yang tidak dapat bantuan?” ujarnya kepada media.

Advertisement

Dalam pada itu kata Sharon, serahan bantuan turut dijalankan di Parlimen Pulai dan ia sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dihadapi golongan terjejas.

Beliau yang merupakan pegawai khas ahli parlimen Pulai turut mendesak agar kerajaan memperbetulkan keadaan yang berlaku ketia ini.

“Sekiranya kerajaan mahu rekod penerima yang layak, mereka boleh sahaja berhubung dengan pihak kami di parlimen Pulai.

Advertisement

“Sebelum ini sepanjang PKP 3.0 ini kita telah giat menjalankan aktiviti serahan bantuan bagi membantu golongan yang terjejas.

“Seharusnya dalam isu ini, kerajaan perlu serius menyelesaikan masalah tersebut, bukan seperti yang berlaku hari ini.

“Usaha membantu golongan yang terjejas dilihat lembab,” ujarnya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top