JOHOR BAHRU, 9 JUN: Kerajaan perlu membentangkan keberkesanan program Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang dijalankan susulan sekatan pergerakan dan darurat yang diumumkan.
Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Sharon Teo berkata perkara itu penting bagi mengenal pasti penanda aras untuk murid yang tercicir dari pendidikan.
“Kerajaan perlu membentangkan keberkesanannya kepada umum berhubung kesan PdPR.
“Kita maklum sebelum ini terdapat murid dan tenaga pendidik mengalami masalah menjalankan program PdPR akibat pelbagai kekangan.
“Antara masalah yang dihadapi murid adalah adalah capaian internet yang lemah dibeberapa kawasan.
“Selain itu masalah penyediaan tempat pembelajaraan di rumah,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, rekod sebelum mendapati lebih 60 peratus murid mengalami masalah ketika mengikuti PdPR.
Tambahnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
“Kerajaan jangan mengharap perkara ini berjalan dengan lancar.
“Hakikatnya di peringkat bawahan ini terdapat sebilangan besar golongan tercicir dalam pendidikan mereka.
“Kerajaan perlu memandang serius perkara ini dan langkah lanjut perlu diambil bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir pendidikannya,” jelasnya lagi.
Johorkini