BM | EN | 中文

Kerajaan perlu benarkan khidmat perubatan komplementari beroperasi – Hannah Yeoh

Hannah-Yeoh.jpg

Gambar Ehsan malaysiaworldnews.com

Advertisement

KUALA LUMPUR, 15 JUN: Perkhidmatan perubatan komplementari sepatutnya dibenarkan beroperasi semasa ‘total lockdown’ ini kerana ia membantu mengurangkan beban besar yang terpaksa ditanggung oleh sistem perubatan kita.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menggesa Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan perkhidmatan ini beroperasi bagi membolehkan pesakit-pesakit yang menderita sakit belakang, leher, kepala, tulang rawan tergelincir dan skoliosis yang kronik ini mendapatkan rawatan.

“Total lockdown selama 4 minggu tanpa rawatan perubatan komplementari seperti kebiasaan akan memberi kesan yang bertambah buruk kepada pesakit.

Advertisement

“Terdapat pesakit berkeperluan khas yang juga memerlukan terapi khas – termasuk kanak-kanak autisme,” katanya, lapor Roketkini.

Mantan Timbalan Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, perkara ini telah ditangani pada PKP yang lalu.

“Jadi mengapa dalam ‘total lockdown’ kali ini mereka tidak dibenarkan beroperasi?

Advertisement

“SOP Kerajaan Perikatan Nasional perlu konsisten.

“Ini bukan PKP pertama yang kita hadapi dan sepatutnya kekeliruan ini tidak timbul kerana jelas ia membebankan pesakit dan pihak industri,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top