BM | EN | 中文

Kerajaan perlu bantu usahawan tani muda – Adun Senggarang

Kerajaan-perlu-bantu-usahawan-tani-muda.png
Advertisement

BATU PAHAT, 8 MAC: Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim mencadangkan kerajaan membantu usahawan tani yang menjual hasil tani mereka dengan mempergiatkan lagi program pembabitan anak muda.

Menurut Khairuddin, keusahawanan tani dianggap alternatif baharu bagi golongan muda khususnya di Johor melalui penyediaan ‘food bank’ dan justeru itu golongan tersebut perlu disokong dan dibantu.

“Kerajaan perlu menyokong usaha baik ini. Tidak usah biarkan mereka berdiri dengan sendiri dalam usaha menjana pendapatan.

Advertisement

“Sokongan dari segi penyediaan tapak, perhatian terhadap usaha mereka serta sokongan moral dan material boleh diusahakan oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan promosi terhadap pasar tani anak muda tersebut perlu dinaik taraf bagi permakluman kepada pengetahuan umum.

“Contohnya pasar tani anak muda ini.

Advertisement

“Seharusnya kerajaan mempromosikan kepada orang ramai agar ia menjadi tumpuan kepada seluruh rakyat.

“Selain itu, penyediaan tapak kepada setiap daerah atau pun mukim di negeri ini boleh diadakan untuk menarik lagi perhatian anak muda dan rakyat mendapatkan barangan keperluan harian yang berkualiti dan mentah yang diyakini bersih.

“Kita mahu pembabitan lebih ramai anak muda dalam bidang pertanian.

Advertisement

“Sokongan dari pihak kerajaan penting untuk merealisasikan perkara tersebut,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top