BM | EN | 中文

Kerajaan perlu bantu pusat tuisyen yang terkesan akibat PKP

Ir-Khairuddin-A-Rahim.jpg

Khairuddin A Rahim

Advertisement

BATU PAHAT, 20 JUN: Pusat tuisyen, yang merupakan institusi pendidikan tambahan adalah antara sektor yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semenjak Mac lalu.

Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim berkata, pihaknya menerima pelbagai aduan dan keluhan dari para pengusaha pusat tuisyen.

Katanya, berbanding sektor lain, institusi itu semakin tersepit apabila kerajaan sehingga hari ini masih belum membuat keputusan berhubung kebenaran atau pun pembukaan semula operasinya.

Advertisement

“Mereka banyak membuat aduan kepada saya berkenaan kesan yang mereka alami sehinggakan ada pengusaha yang terpaksa menutup perkhidmatan mereka kerana tidak mampu menguruskan pusat tuisyen tersebut.

“Ada kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pusat tuisyen berkenaan dan akan bertambah sekiranya tidak beroperasi.

“Kerajaan perlu segera membantu golongan pengusaha pusat tuisyen tersebut seperti geran agar mereka mampu bertahan dari terus dibiarkan tutup,” ujarnya.

Advertisement

Mengulas perkara itu, beliau menyarankan kerajaan mempertimbangkan semula kelonggaran serta menetapkan SOP kepada pusat tuisyen untuk beroperasi seperti sediakala.

“Jika kita lihat hari ini, taska dan lainnya sudah mula beroperasi. Mengapa tidak dibenarkan perkara yang sama berlaku kepada pusat tuisyen?

“Pusat tuisyen ini masih menunggu khabar berkenaan dengan operasi yang akan dibenarkan oleh kerajaan.

Advertisement

“Pelbagai cara dan kaedah mampu dilaksanakan oleh kerajaan bagi menguruskan pusat tuisyen ini.

“Kerajaan juga perlu memikirkan untuk menetapkan SOP kepada pusat tuisyen sekiranya mereka ini dibenarkan beroperasi semula,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top