BM | EN | 中文

Kerajaan perlu ambil tindakan serius tangani isu harga barang – Salahuddin

Tindakan-serius-perlu-diambil-dalam-isu-pengawalan-harga-barang-Salahuddin-Ayub.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 20 APR: Mantan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, isu kenaikan harga barangan adalah realiti dan kerajaan Perikatan Nasional perlu mengambil serius mulai sekarang.

Katanya, rakyat hari ini sedang menghadapi derita berganda bukan sahaja dalam keadaan pandemik COVID-19 yang tiada kesudahan bahkan terpaksa berdepan senario kenaikan harga barangan ketika Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Katanya, rakyat sedang menunggu dalam tempoh terdekat langkah tegas kerajaan untuk mengumumkan harga kawalan bagi mengatasi kenaikan harga barangan keperluan asas menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Advertisement

“Saya meninjau isu kenaikan harga ayam, daging lembu dan kambing di Pasar Larkin Central, Johor Bahru.

“Isu kenaikan harga adalah jelas dan perlu diambil serius kerajaan PN sekarang,” kata beliau

Pengguna sebelum ini dikejutkan dengan kenaikan harga ayam mentah yang naik mendadak dari RM7.50 sekilogram sebelum Ramadan kepada RM8.50 sehingga RM9.50 sekilogram.

Advertisement

Begitu juga harga daging segar naik kepada RM38 sekilogram berbanding antara RM35 hingga RM36 minggu lalu dan dijangka mencecah RM45 sekilogram.

Katanya, ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan, Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) diperkenalkan bagi mengawal harga 27 jenis barangan keperluan semasa Ramadan seterusnya bagi sambutan Hari Raya Puasa.

Kawalan dibuat ke atas barangan bagi menstabilkan harga dan bekalan di pasaran, membabitkan ayam (hidup, standard, super), telur ayam (gred A, B, C), daging lembu (tempatan, import), daging kerbau import (India), kobis bulat import, kelapa parut dan bawang (merah kecil India, besar import).

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top