BM | EN | 中文

Kerajaan perlu agresif perangi Covid-19 di Johor

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

KOTA ISKANDAR, 2 JUN: Kerajaan Johor perlu memberi tumpuan kepada sektor ekonomi setiap kali perintah kawalan pergerakan dilaksana, kata Adun Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata sektor ekonomi tidak formal seperti penjaja, petani, pemandu teksi dan tukang rumah yang bergantung kepada pendapatan harian dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu diberi pembelaan.

Katanya, Pakej Rangsangan Ekonomi diperingkat nasional seperti moratorium penjaman tanpa syarat atau menyeluruh, Program Subsidi Upah (PSU), i-Sinar dan i-Lestari KWSP perlu dibuka semula.

Advertisement

“Menteri Besar Johor telah menyatakan bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 3.0 akan diumumkan.

“Kita mengharapkan komponen dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Johor 1.0 yang berjumlah RM174.5 juta dan juga komponen dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Johor 2.0 yang berjumlah RM2.292 juta masih dikekalkan.

“Pakej Rangsangan Ekonomi ini sangat penting kerana keadaan ekonomi semasa yang masih belum pulih khususnya bilamana kita melihat kepada beberapa petunjuk ekonomi seperti Kadar Inflasi (4.7%), Kadar Pengangguran (4.9%) dan Hutang Isi Rumah iaitu 87.5% dari KDNK,” katanya.

Advertisement

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, berkata penguatkuasaan SOP perlulah dilakukan secara telus dan tanpa pilih kasih.

Selain itu katanya, kerajaan perlu segera menamatkan darurat, membuka semula Parlimen dan Dun bagi menghidupkan peranan semak dan imbang dalam pentadbiran.

“Banyak wang rakyat dibelanjakan dalam usaha memerangi Pandemik Covid-19.

Advertisement

“Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah tempat ahli parlimen atau Adun boleh memainkan peranan semak dan imbang khususnya dalam memastikan setiap sen wang rakyat yang akan dibelanjakan dilakukan secara telus dan bertanggungjawab.

“Disamping itu ahli parlimen atau Adun boleh mengemukakan cadangan dan pandangan bagi memantapkan gerak kerja serta strategi dalam memerangi Pandemik Covid 19,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top