BM | EN | 中文

Kerajaan patut hargai inisiatif Parlimen Digital, bukan intimidasi

akmal-nasir-parlimen-johor-bahru.jpg

Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (Gambar Ehsan TMI)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 JUL: Kerajaan seharusnya menghargai usaha kumpulan organisasi belia menganjurkan sidang Parlimen Digital yang menghimpunkan anak muda daripada pelbagai latar belakang dari seluruh negara bagi membincangkan polisi berkaitan ekonomi dan pendidikan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir berkata, tindakan intimidasi terhadap anak-anak muda ini telah mengundang persoalan terhadap amalan kebebasan berpolitik khususnya dalam kalangan anak muda.

“Inisiatif itu seterusnya mampu mendekatkan golongan anak muda terhadap urusan pentadbiran dan polisi negara dan mencerminkan kemampuan belia Malaysia yang akan menjadi pelapis kepimpinan negara di masa akan datang.

Advertisement

“Oleh itu, saya mendesak agar pihak kerajaan menghentikan intimidasi terhadap mereka dan memberi jaminan untuk mereka dapat berbahas tanpa tekanan daripada pihak berkuasa,” kata Akmal dalam satu kenyataan.

Ahli parlimen Johor Bahru itu berkata, beliau memandang serius terhadap laporan media bahawa terdapat beberapa wakil Parlimen Digital telah dihubungi oleh polis susulan perbahasan secara atas talian yang berlangsung semalam

Pada masa yang sama katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu memberikan sokongan terhadap kumpulan anak muda ini untuk terus bersuara mengetengahkan isu-isu seperti ekonomi anak muda, peluang pekerjaan dan sebagainya.

Advertisement

Di samping itu kata Akmal, KBS seharusnya memastikan perbahasan Parlimen Digital diperhalusi dan hujahan mereka diangkat ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya mengiktiraf kesungguhan 222 orang anak muda yang berani bersuara dan mempelajari kemampuan mereka mengadakan sidang ‘Parlimen’ di alam maya dalam keadaan perbahasan Parlimen Malaysia masih tidak berlaku untuk tahun 2020,” ujarnya lagi.

Sesi Parlimen Digital dipengerusikan peguam perlembagaan Lim Wei Jiet yang juga Adun Kampung Tunku, Selangor diadakan semalam dengan 222 wakil yang mencerminkan persidangan Dewan Rakyat.

Advertisement

Parlimen Digital yang pertama ini dianjurkan tiga organisasi politik belia iaitu Challenger Malaysia, Undi18 dan Liga Demokratik Malaysia.

Menurut penganjur, beberapa wakil daripada inisiatif Parlimen Digital yang digerakkan kumpulan belia itu telah dihubungi polis selepas mereka menamatkan sidang maya semalam.

Isu tersebut turut menarik perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang menyatakan bahawa Parlimen Digital membuktikan sidang Dewan Rakyat boleh diadakan tanpa kehadiran anggota parlimen khususnya ketika wabak Covid-19.

Advertisement

Katanya, persidangan Dewan Rakyat masih boleh berlangsung secara tele sidang untuk membahaskan sesuatu perkara.

“Ini membuktikan bahawa dalam apa juga suasana termasuk ketika berhadapan pandemik Covid-19, sidang Parlimen boleh diadakan melalui platform digital dengan kaedah `tele-conference` tanpa perlu hadir di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top