BM | EN | 中文

Kerajaan negeri tubuh Jawatankuasa Kerja Khas Malaysia – Singapura

Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 17 MAC: Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Khas Malaysia – Singapura bagi menyediakan pelan mitigasi menangani isu pergerakan dua hala antara dua negara terlibat.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, pelan itu membabitkan pergerakan rakyat, barangan dan perkhidmatan antara Malaysia ke Singapura dan sebaliknya.

Katanya, penubuhan pelan tersebut telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Advertisement

“Pelan mitigasi itu bagi mengurus kepentingan bersama antara Malaysia dan Singapura terutamanya memastikan kelancaran dan keselamatan pergerakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Jawatankuasa Khas ini akan dipengerusikan bersama Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan seorang wakil kabinet Singapura,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Hasni, Jawatankuasa Kerja Khas ini akan membentangkan cadangan bersesuaian kepada Perdana Menteri kedua-dua negara bagi tindakan selanjutnya.

Advertisement

“Perkembangan berhubung isu ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” tambahnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top