BM | EN | 中文

Kerajaan negeri tidak akan biar mahasiswa berlapar

IMG-20200215-WA0001.jpg

KULAI, 15 FEB: Kerajaan Negeri Johor akan berusaha untuk tidak membiarkan mahasiswa di negeri ini berlapar dalam usaha mereka untuk mendapatkan pendidikan.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, program seperti Foodbank akan diusahakan dengan lebih meluas bagi membantu mahasiswa kurang berkemampuan.

Katanya, sasaran sebanyak 800 mahasiswa yang akan menerima bantuan adalah melingkungi seluruh universiti dan kolej di negeri ini.

“Kita mahu mahasiswa fokus pada pelajaran mereka bukan dalam keadaan terpaksa mengikat perut kerana kurang berkemampuan untuk mendapatkan makanan.

“Sasaran kita pada peringkat awal adalah mahasiswa dari keluarga yang kurang berkemampuan dan ini adalah tugas kerajaan untuk menyelesaikannya.

“Ini menggambarkan keprihatinan kerajaan untuk membantu mahasiswa agar terus cemerlang dalam bidang akademik yang mereka ceburi,” katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa kerajaan akan terus berusaha membantu golongan berkenaan dengan permohonan untuk meningkatkan lagi bantuan pada masa akan datang.

Dalam pada itu Aminolhuda yang juga merupakan ADUN Parit Yaani turut memberi maklum balas berkenaan dengan pembangunan Universiti Johor yang kini sudah berada di peringkat akhir.

“Insya-Allah, pihak konsultan telah bentangkan pada kami dan perkara itu akan dibawa dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).

“Kita telah menerima beberapa cadangan dan kita akan membuat beberapa keputusan selanjutnya seperti menaik taraf kolej-kolej yang berkaitan cuma hanya menunggu kesediaan pihak kolej tersebut.

“Saya yakin pihak kolej tersebut akan bersetuju demi kelangsungan masa depan pendidikan di negeri Johor ini,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan universiti tersebut dijangka akan dilancarkan pada pertengahan tahun 2020 ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top