BM | EN | 中文

Kerajaan negeri teruskan Selangor Job Fair 2021, tangani pengangguran

Exco-Sukan-Selangor-Mohd-Khairuddin-Othman.png

Mohd Khairuddin Othman (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Selangor tekad meneruskan program Selangor Job Fair tahun ini bagi mengembalikan rekod 2.5 peratus kadar pengangguran, kata Ezxco Pembangunan Generasi Muda, Mohd Khairuddin Othman

Katanya, program itu akan dijalankan secara fizikal dengan menumpukan daerah Petaling, Klang, Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Sepang jika tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilonggar.

Beliau menjelaskan usaha itu selaras titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mahu kerajaan negeri memandang serius isu kehilangan pekerjaan golongan belia.

Advertisement

“Insya-Allah, jika tempoh ini (PPN) longgar kita boleh buat secara fizikal. Sekiranya tidak dibenarkan, program akan dilaksana dalam talian dengan mengumpulkan majikan di satu tempat dan mendapat kelulusan khas Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita mahu balik rekod 2.5 peratus memandangkan kadar (pengangguran) di Selangor ketika ini adalah 4.5 peratus,” katanya, lapor Selangorkini.

Beliau berkata demikian pada program bual bicara ‘Ikhtiar Selangor Bantu Belia’ yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Media Selangor semalam.

Advertisement

Pada 23 Ogos, Sultan Sharafuddin bertitah kadar pengangguran negara meningkat kepada 4.9 peratus pada 2020 berbanding 2019, 3.9 peratus.

Baginda bertitah walaupun terdapat sedikit pertumbuhan pada awal tahun, namun kadar itu kembali meningkat kepada 4.8 peratus selepas 40,600 pekerja hilang pekerjaan pada Jun 2021.

Untuk rekod, penganjuran Selangor Job Fair dua tahun lalu menerima penyertaan 200 syarikat dengan menawarkan 11,000 peluang pekerjaan termasuk 20 kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top