BM | EN | 中文

Kerajaan negeri peruntuk RM250,000 bangun tanah perkuburan Islam konsep moden di Kulai

mohd-khir.jpg

Mohd Khir (empat, kiri) mengiringi Dr Sahruddin (kanan) mengadakan lawatan di Pusat Informasi Diabetis Kospen di Taman Pancasila sempena lawatan rasmi ke daerah Kulai, hari ini.

Advertisement

KULAI, 28 JAN : Sebanyak RM250,000 diperuntukkan kerajaan negeri untuk daerah Kulai bagi membangunkan tapak perkuburan Islam berkonsep moden yang baru di Bandar Putra, di sini.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, peruntukan berkenaan akan meliputi kerja-kerja asas di tanah perkuburan.

Peruntukan tersebut diumumkan sebagai buah tangan sempena lawatan beliau yang juga merupakan Adun Bukit Kepong ke daerah Kulai hari ini.

Advertisement

Mengulas lanjut mengenai perancangan itu, Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salled berkata, perkuburan konsep moden itu akan mempunyai pendekatan mesra pengunjung dibina di tanah seluas kira-kira 10 ekar.

“Kita sedang bangunkan tanah perkuburan Islam seluas 10 ekar di mana Menteri Besar setuju memberi RM250,000 untuk kerja-kerja tanah.

“Dengan adanya usaha ini dapat terjemah konsep kubur moden, mesra kubur yang mana akan dibangunkan sebelah hutan bandar,” katanya kepada wartawan.

Advertisement

Terdahulu, majlis sama Dr Sahruddin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan memastikan penyelesaian terhadap beberapa projek yang tertangguh daerah itu.

Beliau berkata, ini termasuk projek jalan selekoh S di Jalan Kulai Ayer Hitam, di sini yang dijangka selesai dalam dua bulan serta dua lagi pembinaan projek masjid yang tergendala.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top