BM | EN | 中文

Kerajaan negeri perlu segera tingkatkan vaksinasi di Johor – Pakatan Harapan

PH-Pakatan-Harapan-PH.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 OGOS: Pakatan Harapan (PH) Johor menggesa kerajaan negeri meningkatkan vaksinasi di negeri ini.

Gabungan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, sekiranya masalah ini tidak diatasi, sistem kesihatan di Johor akan lumpuh akibat peningkatan harian Covid-19 kerana kadar vaksinasi yang rendah.

“PH Johor memandang serius kekecewaan yang dizahirkan oleh Sultan Johor, Sultan İbrahim Sultan İskandar atas kadar vaksinasi di Johor masih rendah dan tidak memuaskan.

Advertisement

“Sultan Johor telah beberapa kali menegur pihak kerajaan persekutuan untuk meningkatkan kadar vaksinasi Johor sebelum ini.

“Kerajaan persekutuan haruslah mengambil tindakan lebih proaktif dalam mengatasi masalah ini,” menurut kenyataan PH Johor.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Ketua Pembangkang DUN Johor, Aminolhuda Hassan, Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Negeri Johor, Liew Chin Tong.

Advertisement

Tambahnya, hospital yang mempunyai kemudahan terhad terpaksa menampung penambahan jumlah pesakit dan akan membebankan barisan hadapan yang bertungkus-lumus membantu rakyat untuk sembuh daripada jangkitan Covid-19.

Berdasarkan statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) pada 2 Ogos, jumlah pendaftaran bagi negeri Johor telah meningkat kepada 97.9 peratus (2,653,924 orang).

Namun, hanya 31.3 (1,184,151 orang) rakyat di Johor telah menerima dos vaksin pertama, iaitu lebih rendah berbanding Sarawak sebanyak 61.6 peratus (1,734,840 orang) dan Selangor sebanyak 52.2 peratus (3,414,905 orang).

Advertisement

“Kadar keberjangkitan Covid-19 di Johor pada 4 Ogos, berdasarkan nilai RT, masih lagi tinggi dengan bacaan 1.14 berbanding peringkat nasional (1.07), Selangor (1.06), dan Sarawak (1.08).

“Kadar vaksinasi yang rendah dengan kadar keberjangkitan Covid-19 yang tinggi akan meletakkan keselamatan nyawa dan kesihatan bangsa Johor dalam risiko terdedah dengan jangkitan wabak,” tambah kenyataan itu lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top