BM | EN | 中文

Kerajaan negeri perlu sedia pelan jangka panjang atasi isu pencemaran – PKR Johor

jimmy-puah.jpg

Adun Bukit Batu, Jimmy Puah ketika melawat lokasi yang dikatakan terkesan akibat pencemaran

Advertisement

KULAI, 15 SEPT: Kerajaan Johor perlu menyediakan pelan jangka panjang bagi mengatasi isu pencemaran di negeri ini, kata Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.

Beliau yang juga Adun Bukit Batu berkata, pencemaran seperti yang berlaku di Kampung Sri Aman, Seelong semalam sepatutnya tidak boleh berulang lagi, memandangkan kejadian sama pernah melanda Sungai Kim Kim baru-baru ini.

“Kerajaan Johor perlu menyediakan satu pelan jangka masa panjang bagi mengatasi insiden ini dan memberi satu jaminan kepada rakyat agar ianya tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Advertisement

“Keadilan Johor akan mengikuti rapat perkembangan insiden ini dan menuntut supaya kerajaan sentiasa kemaskini maklumat dan menyalurkannya kepada rakyat dengan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu katanya, tindakan yang amat tegas perlu dikenakan kepada pelaku yang tidak bertanggungjawab.

“Keadilan Johor sarankan supaya pihak berkuasa fokus kepada penambahbaikan urus tadbir pengurusan sungai serta memperbanyakan aktiviti kesedaran dalam kalangan rakyat.

Advertisement

“Selain itu, rasa sayang kepada alam sekitar juga boleh dibentuk dengan memberi didikan awal kepada anak-anak misalnya, penganjuran aktiviti atau program amal pembersihan kawasan awam sebagai bentuk iktibar,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, JImmy turut merakamkan jutaan terima kasih serta penghargaan kepada anggota bomba dan sukarelawan atas tidakan pantas menyelamatkan mangsa.

“Atas rasa prihatin dan simpati, petang tadi, wakil Keadilan Johor turun padang melawat Pusat Pemindahan Sementara yang menempatkan mangsa dan dalam masa sama meninjau lokasi kejadian pembuangan sisa buangan kimia di Sungai Tawakal.

Advertisement

“Kami mendapati bau busuk kimia masih lagi tersisa di udara.

“Susulan itu, Jabatan Alam Sekitar dan pihak bomba diseru untuk lakukan kerja-kerja pembersihan tambahan bagi memastikan Sungai Tawakal benar-benar selamat dan tidak lagi tercemar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top