BM | EN | 中文

Kerajaan negeri perlu jelaskan sebab Kad Sihat Johor tak boleh digunakan

Tan-Chen-Choon-Kad-Sihat-Johor.jpg

Adun Jementah, Tan Chen Choon menunjukkan 230 keping Kad Sihat Johor yang diterima dari Pejabat Daerah Segamat

Advertisement

SEGAMAT, 7 JAN: Kerajaan negeri Johor perlu memberi penjelasan mengenai Kad Sihat Johor yang tidak lagi boleh digunakan untuk rawatan kesihatan asas, kata Adun Jementah Tan Chen Choon.

Kata Tan pihaknya menerima aduan daripada pemegang Kad Sihat Johor semenjak 1 Januari lalu, tentang pemakluman tarikh sah kad tersebut telah ditamatkan pada 31 Disember 2020 oleh petugas panel klinik ketika ingin mendapatkan rawatan kesihatan.

Sedangkan katanya, dalam penggulungan Belanjawan Johor 2021, kerajaan Johor telah memaklumkan bahawa program Kad Sihat Johor terus dilaksanakan pada tahun ini (2021).

Advertisement

“Saya sendiri mendapat pengesahan ini daripada Exco Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor,” kata Tan dalam satu kenyataan semalam.

Beliau turut memaklumkan telah menerima 230 keping Kad Sihat Johor dari Pejabat Daerah Segamat Isnin lalu melalui pejabatnya dan mendapat kelulusan kerajaan negeri.

“Sekiranya buat “U-turn” sekarang dan tidak meneruskan program Kad Sihat Johor, kerajaan negeri harus bersiap sedia menghadapi kesan daripada keputusan yang dibuat itu,” kata Tan.

Advertisement

Tambah belau, Kad Sihat Johor merupakan inisiatif diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membantu rakyat Johor terutamanya kelompok B40 bagi meringankan beban perbelanjaan perubatan yang terbahagi kepada kategori keluarga dan individu.

“Program Kad Sihat Johor disambut baik oleh rakyat khususnya di kawasan saya (Jementah). Ribuan orang mendapat manfaat program ini.
“Saya berharap kerajaan negeri dapat meneruskan program ini pada tahun ini dan menyelesaikan masalah tarikh sah Kad Sihat Johor dengan kadar segera,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top