BM | EN | 中文

Kerajaan negeri perlu cakna, jangan biar Johor jadi “lubuk” pembuangan sisa toksik

Rozita-Abdul.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 25 OKT: Kerajaan Johor jangan membiarkan negeri ini menjadi lubuk pembuangan sisa toksik, kata Pengarah Biro Alam Sekitar dan Kelestarian (ASK), Rozita Abdul.

Beliau mengulas laporan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkenaan empat negeri di Malaysia yang menjadi tapak pembuangan sisa toksik termasuk negeri Johor.

Rozita berkata, pihaknya sudah berulang kali menyuarakan kebimbangan tersebut namun tidak ada sebarang tindakan proaktif daripada kerajaan negeri.

Advertisement

“Sampai bila suara kami mahu didengari pihak kerajaan? Kebimbangan kami hari ini menjadi realiti apabila pihak Mysa sendiri memaklumkan akan hal tersebut.

“Kesedaran berkenaan penguatkuasaan ini penting demi keberlangsungan alam sekitar yang perlu dipulihara agar tidak mendatangkan mudarat pada hari ini dan akan datang.

“Bila Mysa mengumumkan dapatan tersebut, pihak kami tidak terkejut.

Advertisement

“Malah ia sudah dimaklumi melalui peristiwa yang berlaku baru-baru ini seperti di Seelong, Johor.

“Kita juga tidak mahu ada pihak yang cuba menyembunyikan sesuatu demi menyelamatkan keadaan.

“Akhirnya yang terkorban adalah alam serta rakyat di bawah ini,” ujarnya lagi.

Advertisement

Semalam Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor dalam kenyataan berkata, pihaknya belum menerima laporan penuh Mysa mengenai Johor didakwa menjadi salah satu negeri yang dikenal pasti dijadikan tong sampah sisa toksik secara haram.

Pengarah JAS Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, siasatan terperinci dan menyeluruh hanya akan boleh dijalankan selepas pihaknya meneliti laporan tersebut.

Menurut beliau, menerusi laporan penuh itu membolehkan siasatan susulan dilakukan termasuk mengenal pasti lokasi sebenar yang dimaksudkan di dalam laporan berkenaan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top