BM | EN | 中文

Kerajaan negeri perkenal kaedah bagi kurangkan kesesakan di farmasi

IMG-20200113-WA0020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 14 JAN: Kerajaan hari ini dalam usaha membantu pesakit yang mahu mendapatkan ubat untuk tidak perlu menunggu terlalu lama serta bersesak di tempat menunggu.

Exco Kesihatan, Pendidikan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, antara kaedahnya termasuklah menggunakan konsep pandu lalu atau ‘drive thru’.

Menurut beliau, kaedah itu dapat mengelakkan kesesakan di tempat menunggu selain dapat memendekkan masa pesakit mendapatkan ubat.

Advertisement

“Kerajaan sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk membantu semua pihak baik dalam sektor apa pun termasuk kesihatan.

“Kaedah ‘drive thru’ ini akan dilaksanakan bagi kemudahan pesakit untuk tidak perlu turun dari kereta bagi mendapatkan ubat-ubatan mereka.

“Selain itu, sistem atau kaedah pos ke rumah juga akan diperbanyakkan lagi selain menjalin kerjasama dengan pasaraya atau pusat beli belah utama bagi mengadakan tempat untuk mendapatkan bekalan ubat,” katanya.

Advertisement

Menurutnya Aminolhuda lagi, tumpuan bagi mendapatkan ubat di pasaraya akan dilaksanakan di Johor Bahru, Batu Pahat dan Muar.

“Seramai 1500 orang mendapatkan ubat di Hospital Sultanah Aminah sehari, manakala seramai 1,200 orang mengambil ubat di Klinik Kesihatan Mahmoodiah.

“Ini akan mengakibatkan kesesakan berlaku di mana pesakit terpaksa menunggu untuk jangkamasa lama bagi mendapatkan ubat mereka,” ujarnya.

Advertisement

Difahamkan sebanyak 30 peratus daripada pesakit yang mendapatkan ubat mereka adalah pesakit kronik.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top