BM | EN | 中文

Kerajaan negeri mohon pelepasan khas bagi rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura untuk berulang-alik

DSC_7327-scaled.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 18 MAC: Kerajaan negeri memohon pelepasan khas daripada kerajaan pusat bagi membenarkan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura berulang-alik atas tujuan pekerjaan.

Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, permohonan itu dibuat bagi memastikan pelbagai urusan dan perkhidmatan antara kedua-dua negara dapat berjalan seperti biasa.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi mandat kepada kerajaan negeri untuk menyediakan pelan mitigasi menangani perkara itu.

Advertisement

“Perkara itu antara yang akan dibincangkan pihaknya menerusi Jawatankuasa Kerja Khas Malaysia-Singapura yang telah ditubuhkan.

“Kerajaan negeri akan memohon pelaksanaan perintah ini dikecualikan bagi tujuan logistik, pengangkutan, pemegang pas pekerja yang dikeluarkan kerajaan serta rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Tambah beliau, perkara tersebut akan dibincangkan pihaknya bersama pegawai kerajaan negara republik itu selewat-lewatnya esok.

“Sebaik sahaja perkara ini selesai dibincangkan, ia akan dibawa ke peringkat pusat dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada pihak berkuasa untuk dilaksanakan.

“Walaupun kebenaran khas diberi, pemeriksaan kesihatan yang ketat akan dibuat sebagai langkah berjaga-jaga,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top