BM | EN | 中文

KERAJAAN NEGERI MAHU KEKALKAN STATUS JOHOR SEBAGAI PENGELUAR UTAMA MAKANAN NEGARA

dr-sahruddin-1-1.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 NOV : Kerajaan negeri berhasrat untuk terus mengekalkan status Johor sebagai pengeluar utama makanan negara bagi menjamin keselamatan makanan atau ‘food security’ negara.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, Johor adalah pengeluar terbesar buah-buahan, sayur-sayuran tanah rendah, ayam dan itik, produk tenusu serta ikan hiasan di Malaysia selain pengeluar utama bagi tanaman kontan, tanaman industri ternakan lembu dan kambing pedaging.

“Dengan anggaran 129,000 orang penduduk yang terlibat dengan sektor pertanian, sektor ini telah menyumbang sebanyak RM16.3 billion atau bersamaan dengan 12.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri Johor.

Advertisement

“Ia adalah antara penyumbang terbesar selain daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan.

“Berdasarkan fakta tersebut, kerajaan negeri berhasrat untuk terus mengekalkan status tersebut. Ia penting ke arah hasrat kerajaan persekutuan bagi mengurangkan kebergantungan kepada produk import,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Angsana Mall, di sini, hari ini yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Advertisement

Dr Sahruddin berkata, oleh itu, kerajaan negeri komited untuk melaksanakan gagasan revolusi hijau sebuah pelan tindakan yang akan memacu sektor pertanian di negeri ini ke arah lebih baik dan berdaya maju.

Katanya, antara perkara yang akan diberikan penekanan di bawah pelan ini adalah mengoptimumkan penggunaan tanah berstatus pertanian di seluruh negeri Johor terutamanya tanah-tanah terbiar milik jabatan kerajaan serta persendirian.

Jelasnya, tumpuan juga akan diberikan kepada pembangunan prasarana berkaitan seperti pembangunan kilang pemprosesan makanan, kilang baja, projek tebatan banjir dan memperbanyakkan pusat-pusat jualan dan pengumpulan hasil pertanian.

Advertisement

“Kerajaan Johor juga berhasrat untuk memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi moden dalam menghasilkan produk yang bernilai tinggi serta berkualiti.

“Kerajaan negeri juga mengalu-alukan dan sedia bekerjasama dengan pemain industri bagi menjalankan projek-projek pertanian berskala besar di negeri johor

“Hasrat kerajaan negeri ini juga selari dengan wawasan kemakmuran bersama 2030 yang telah dilancarkan oleh yang amat berhormat Perdana Menteri Malaysia iaitu menetapkan negeri Johor sebagai wilayah ekonomi tanaman makanan negara,” katanya lagi.

Advertisement

Tambahnya, kerajaan negeri optimis gagasan revolusi hijau yang dirancang ini akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada kerajaan persekutan terutamanya dalam merangka strategi dasar agromakanan negara 2.0 (2021-2030) dan juga Rancangan Malaysia Ke 12.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top