BM | EN | 中文

Kerajaan negeri mahu bangunkan pusat e-Sports di seluruh negeri

IMG-20200208-WA0036.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 FEB: Kerajaan negeri berhasrat untuk membina pusat ‘e-Sports’ di setiap daerah negeri ini bagi menggalakkan pembangunan sukan itu di peringkat akar umbi.

Exco Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri, Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa tempatan dan Pejabat Daerah bagi tujuan tersebut.

“‘e-Sport’ adalah sukan yang paling pesat berkembang ketika ini, jadi untuk memastikan penglihatan kita dalam sukan ini, perancangan awal perlu dibuat.

Advertisement

“Saya akan maklumkan pada Pejabat Daerah dan pihak berkuasa tempatan untuk mewujudkan pusat permainan e-sukan di setiap daerah negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Program e-Sports Johor: Road to Sukan Malaysia (Sukma) 2020 di pusat beli belah Toppen, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd Khuzzan turut memberitahu pihaknya menyasarkan lima pingat emas sempena temasya Sukma Johor 2020.

Advertisement

“Buat pertama kali dalam sejarah Sukma, ‘e-sports’ akan dipertandingkan dan ia menawarkan lima pingat emas.

“Selaku tuan rumah, kita menyasarkan untuk mendapatkan kutipan pingat maksimum dalam sukan tersebut,” ujarnya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top