BM | EN | 中文

Kerajaan negeri kumpul maklumat peniaga bantu pulih perniagaan pasca Covid-19

PhotoGrid_1594035038386.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JULAI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan melakukan bancian bagi mengumpul maklumat dan data golongan peniaga di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Ayub Jamil berkata, langkah itu bagi membantu usaha pemulihan sektor perniagaan tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Kita sudah mengadakan mesyuarat dengan kesemua 16 PBT di negeri ini. Langkah pertama adalah dengan mengumpulkan data para peniaga.

Advertisement

“Sekarang, PBT sedang mengumpul maklumat berkenaan kedai, lokasi, lesen dan jumlah peniaga sama ada sudah kembali menyambung operasi mereka atau belum termasuklah warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja di sekitar Jalan Dhoby, di sini hari ini.

Tambah beliau, maklumat diperoleh akan dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk tindakan lanjut antaranya bagi membantu golongan peniaga terjejas atau melakukan pemutihan terhadap peniaga haram di negeri ini.

Advertisement

Sementara itu, Ayub turut memberitahu, pihaknya akan menjadikan persekitaran Masjid Sultan dan Istana Kampong Glam di Singapura sebagai rujukan dalam membangunkan kawasan ‘bandar lama’ di Johor Bahru.

“Kawasan ‘bandar lama’ seperti Jalan Dhoby, Jalan Trus dan Jalan Meldrum mempunyai sejarah tersendiri dan perlu dibangunkan dengan pengisian yang bermanfaat pada masa akan datang,” ujarnya.

Ayub turut memaklumkan pihaknya menyokong usaha Think City Sdn. Bhd. yang terlibat dalam proses pemuliharaan ‘bandar lama’ Johor Bahru.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top