BM | EN | 中文

KERAJAAN NEGERI KOMITED SELAMATKAN NASIB LEBIH 800 KELUARGA

Dzulkefly-Ahmad.jpg
Advertisement

Oleh : Amni Jagat

JOHOR BAHRU, 14 OGOS: 800 buah keluarga dari enam buah kampung di sekitar Johor Bahru boleh menghela nafas lega kerana masih mempunyai tempat berteduh susulan campur tangan kerajaan negeri Johor yang berjaya mendapatkan persetujuan sebuah syarikat pemaju hartanah untuk kembali ke meja rundingan dan menangguhkan kerja-kerja merobohkan rumah penduduk kampung terbabit.

Ini susulan campurtangan Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad yang mewakili pihak kerajaan Pakatan Harapan Johor dalam memastikan hak kesemua pihak; termasuk penduduk Kampung Teluk Serdang, Kampung Teluk Serdang Baru, Kampung Sungai Perling, Kampung Sungai Perling Baru, Kampung Bakar Batu Perling dan Kampung Tuah Jaya, dilindungi.

Advertisement

Dzulkefly semalam berkata hasil perbincangan dengan pemaju berkenaan bersama para penduduk, kata sepakat dapat dicapai iaitu tidak akan ada lagi kerja-kerja merobohkan rumah sehingga perbincangan dengan penduduk mendapat kata putus.

“Sehingga kini perbincangan masih berlangsung dan kita telah memastikan bahawa tidak akan ada perobohan di keenam-enam buah kampung tersebut sehingga kata putus diterima oleh pihak kerajaan dan penduduk kampung,” katanya kepada Johorkini ketika ditemui malam semalam.

Dzulkefly turut menambah bahawa Kerajaan Pakatan Harapan Johor juga sedang berusaha untuk menempatkan keluarga-keluarga tersebut di projek pembangunan rumah mampu biaya (RMB) didalam pelan kelulusan merancang (KM) yang telah dipohon oleh pihak pemaju dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Advertisement

“Kita akan memastikan keadaan ‘menang menang’ di antara pemaju dan penduduk akan diputuskan dalam perbincangan kelak.

“Perbincangan yang pertama telah dijalankan pada 6 Ogos yang lalu dan kata putus yang awal adalah pemaju perlu menyiapkan rumah ganti sebelum bertindak untuk merobohkan kampung yang terbabit,” katanya lagi.

Beliau turut berkata pemaju akan membayar pampasan dan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi mencari penyelesaian bersifat menang-menang terhadap penempatan enam kampung tersebut.

Advertisement

Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar turut merakamkam penghargaan kepada pihak pemaju kerana berkerjasama dengan Kerajaan Pakatan Harapan Johor serta penduduk-penduduk kesemua enam kampung tersebut yang terletak di Johor Bahru ini.

Wakil penduduk Kampung Bakar Batu Perling, Abdul Wahab Abdullah, 70, yang ditemui Johorkini berkata dia dan keluarga bersyukur dan berterima kasih kepada Exco Perumahan Johor tersebut yang berjaya menangani masalah yang dihadapi penduduk tempatan.

“Saya amat terharu dan berpuas hati dengan usaha beliau kerana dilihat bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib penduduk kampung di sini.

Advertisement

“Beliau turut menahan pihak pemaju dari terus merobohkan rumah di sini serta beberapa kampung yang terbabit.

“Tak terbalas budi beliau kerana berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan kampung ini dan saya ucapkan terima kasih kepada beliau,” katanya yang mendakwa pihak pemaju tidak mengadakan rundingan dengan penduduk yang masih mendiami rumah mereka sebelum ini.

Puluhan keluarga yang masih mendiami kampung-kampung berkenaan sebelum ini berdepan kemungkinan hilang tempat berteduh setelah pihak pemaju mahu segera menjalankan kerja-kerja mereka di atas plot tanah yang telah dijual kepada mereka ketika pemerintahan kerajaan terdahulu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top