BM | EN | 中文

Kerajaan negeri komited mudahcara usahawan PKS di Johor

sheikh-omar-fijo.jpg

Sheikh ‘Umar (enam,kanan) bergambar bersama semasa Majlis Pra-pelancaran FIJO 2020

Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 FEB : Kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan 16 program utama dengan 94 program mini sepanjang tahun ini.

Exco Pembangunan, Usahawan, Koperasi, Sains dan Teknologi negeri, Sheikh ‘Umar Bagharib Ali berkata, ia meliputi inisiatif-inisiatif berbentuk bantuan dan latihan keusahawanan bagi dimanfaatkan oleh Perusahaaan Kecil Sederhana (PKS) Johor.

Katanya, Johor memiliki 10.8 peratus daripada jumlah keseluruhan PKS di negara ini.

Advertisement

“Kerajaan negeri Johor dan agensi-agensi di bawah Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) serta Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) terus komited untuk memudahcara dan membantu usahawan-usahawan PKS secara langsung dan tidak langsung.

Sheikh ‘Umar ketika membei ucapan semasa Majlis Pra-pelancaran FIJO 2020

“Ini bagi memacu perkembangan PKS negara terutama di Negeri Johor ini. Suka untuk saya kongsikan bahawa, baru-baru ini, PUJB telah dilantik sebagai wakil kerajaan Negeri di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan PKS Negeri dan Koridor Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra-pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2020 di Hotel Double Tree, di sini, yang disempurnakan Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, malam tadi.

Advertisement

Dalam pada itu, Sheikh ‘Umar yang juga Adun Pagoh memberitahu, PKS negara sudah berada di atas asas yang kukuh untuk bergerak kehadapan.

“Maka, ini memberikan ruang serta peluang terbaik untuk PKS menjangkau prestasi yang lebih daripada pencapaian sebelum ini.

“Begitu juga berdasarkan unjuran yang diumumkan semasa Belanjawan Malaysia 2020, ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang pada 4.7 peratus pada tahun lalu dan sedikit meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun ini.

Advertisement

“PKS juga dijangka mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020 yang memperuntukkan sejumlah RM13.1 bilion sebagai langkah-langkah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada perniagaan dan usahawan,” katanya.

Justeru, beliau percaya, usahawan-usahawan tempatan boleh mengambil peluang ini dalam meningkatkan aspek nilai kebolehan dan kemahiran dalam skop keusahawanan.

“Usahawan juga perlu memainkan peranan dalam memastikan perniagaan yang diceburi mempunyai tahap kemampanan (sustainability) melalui pembentukkan pelan tindakan pembangunan perniagaan (Business Blueprint) dan mempunyai visi serta misi yang jelas.

Advertisement

“Keusahawanan itu bukan hanya pada jualan dan keuntungan malah ia perlu dititiberatkan dari aspek kelebihan produk yang dihasilkan, pengurusan, pemasaran, inventori, penginovasian, teknologi dan pendigitalan.

“Adalah menjadi harapan saya agar, melalui penganjuran FIJO 2020 ini, jumlah usahawan di Wilayah Selatan khususnya di negeri Johor yang kita cintai ini bertambah dan memberi impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top