BM | EN | 中文

Kerajaan negeri komited bina lebih banyak rumah mampu milik

IMG-20200201-WA0020.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 1 FEB: Seramai 115 pemohon daripada 506 permohonan yang layak terpilih untuk memiliki Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) sempena Majlis Pengundian Terbuka RMBJ C, Apartment Cenderasari, Taman Perbadanan Islam Larkin, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah keseluruhan permohonan bagi Taman Perbadanan Islam Larkin itu adalah sebanyak 4,482 permohonan di mana harga ditawarkan bagi rumah berkenaan adalah RM150,000.

“Sejak mengambil alih kerajaan, ini merupakan undian kali ke 16 kita lakukan. Manakala untuk tahun ini adalah undian kali kedua

Advertisement

“Kerajaan negeri akan berusaha untuk pastikan lebih banyak rumah mampu milik dibina untuk kemudahan masyarakat yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media selepas mengadakan lawatan tapak selepas menyempurnakan Majlis Pengundian Terbuka RMBJ C Apartment Cenderasari Taman Perbadanan Islam Larkin, di sini hari ini.

Projek dibangunkan PIJ Holdings Sdn Bhd itu mula dilaksanakan pada tahun 2017 melibatkan kos pembangunan berjumlah RM20 juta.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top