BM | EN | 中文

Kerajaan negeri Johor yang baharu bukan melalui pintu belakang

IMG-20200228-WA0012.jpg

Datuk Ir Hasni Mohammad (tengah) mengadakan sidang akhbar selepas dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu.

Advertisement

JOHOR BAHRU, 28 FEB: Kerajaan negeri yang baharu bukan kerajaan pintu belakang kerana penubuhannya adalah disebabkan kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di negeri ini.

Menteri Besar yang baharu, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, penubuhan kerajaan negeri baharu ini tertakluk dengan undang-undang tubuh negeri Johor.

Katanya, sementara itu pelantikan Menteri Besar adalah di bawah budi bicara Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Advertisement

“Pelantikan ini merupakan satu keperluan dibuat mengikut proses yang menyantuni lunas undang-undang.

“Sekarang adalah masa untuk memberi sepenuh perhatian dan tenaga untuk memulihkan keadaan negeri dan memastikan Johor menjadi hebat kembali,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Hotel Mutiara selepas sah menjadi Menteri Besar ke-18.

Advertisement

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan memanggil mengadap Hasni untuk mengangkat sumpah selaku Menteri Besar di Istana Bukit Serene, di sini pada jam kira-kira 5 petang.

Tambah beliau, tugas pertamanya adalah untuk mempengerusikan mesyuarat dalam memilih barisan kepimpinan exco negeri yang baharu.

“Kami akan berbincang dengan parti yang bergabung ini untuk memilih barisan exco sebelum mengumumkan perancangan yang memberi fokus kepada negeri dan rakyat.

Advertisement

“Saya ada tempoh seminggu untuk menyediakan nama sebelum memohon mengadap Sultan Johor secepat mungkin.

“Pelantikan exco yang dibuat akan menggambarkan komposisi kaum yang berada di negeri ini,” ujarnya.

Penubuhan kerajaan negeri baharu itu ekoran sokongan diterima daripada 28 ADUN terhadap gabungan baharu itu berbanding 26 ADUN yang memilih Pakatan Harapan ketika mengadap Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Rabu lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top