BM | EN | 中文

Kerajaan negeri Johor perlu adakan sidang DUN alternatif

Liew_Chin_Tong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 MAC: Kerajaan negeri Johor perlu mengadakan sidang Dewan Negeri (DUN) alternatif seperti yang dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, ia bagi memastikan amalan semak dan imbang terhadap ketelusan badan eksekutif negeri terus ditegakkan walaupun berada dalam situasi darurat.

“Sesi libat urus ini penting bagi setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johor mengetahui perkembangan terkini dasar, projek dan program yang sedang diusahakan oleh ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri.

Advertisement

“Adun Johor juga mempunyai ruang untuk mendapatkan penjelasan daripada Exco mengenai isu-isu rakyat Johor sepanjang tempoh darurat dan pandemik dalam sesi ini,” kata Chin Tong dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, sidang DUN alternatif di Johor adalah platform terbaik bagi Adun dan Exco kerajaan negeri membincangkan isu-isu penting seperti.

Antaranya kata mantan timbalan menteri pertahanan itu, ialah mengenai persediaan kerajaan Johor dan perancangan membuka semula sempadan Johor – Singapura bagi memastikan pekerja Malaysia yang bekerja di seberang tambak dapat meneruskan keberlangsungan hidup.

Advertisement

“Penting juga bagi kerajaan Johor membincangkan strategi mengatasi isu pendaftaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Johor yang masih rendah iaitu sekitar 27 peratus.

“Sesi libat urus ini dapat memperkukuhkan kerjasama dwipartisan antara kerajaan negeri dan Adun Johor untuk memastikan sistem demokrasi negeri efektif dalam menyelesaikan isu rakyat ketika darurat.

“Saya menggesa pentadbiran Datuk Ir. Hasni Mohamad menunjukkan kepimpinan yang terbaik untuk melaksanakan sidang DUN alternatif di negeri Johor dalam tempoh terdekat demi memastikan kesejahteraan rakyat Johor terbela pasca krisis pandemik COVID-19.,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top