BM | EN | 中文

KERAJAAN NEGERI DIMINTA PULIHKAN AIR DARI PENCEMARAN, TITAH TMJ

Kerajaan-negeri-diminta-pulihkan-air-daripada-pencemaran-TMJ.jpg
Advertisement

(Gambar Ehsan Royal Press Office)

JOHOR BAHRU, 18 OGOS: Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi memulihkan air di negeri ini dari segi pencemaran.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar pengurusan air dibuat dengan lebih baik selain mendidik rakyat mengenai kesedaran terhadap penggunaan air.

Advertisement

Menerusi satu catatan di laman Facebook rasmi baginda, Tunku Ismail turut bertitah yang baginda memandang serius berkenaan isu pencemaran dan penyalahgunaan air di Johor.

Terdahulu, Tunku Ismail, yang juga Pemangku Raja Johor, berkenan berangkat ke Taklimat Pengurusan Air Negeri Johor di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, pada hari ini.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan taklimat sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial.

Advertisement

Kelihatan hadir pada menghadiri taklimat berkenaan ialah Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan beberapa barisan Exco.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top