BM | EN | 中文

Kerajaan negeri diharap ikut langkah pusat, salur peruntukan sama rata semua Adun – PKR Johor

jimmy-puah-adun-bukit-batu.jpg
Advertisement

KULAI, 27 SEPT: Kerajaan Johor diharap mengikuti jejak langkah kerajaan pusat dengan menyalurkan peruntukan sama rata sama adil kepada semua Adun di negeri ini.

Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse berkata, menteri besar, Datuk Hasni Mohammad, boleh membuktikan “Cara Johor” dengan langkah tersebut atau lebih baik daripada yang dilakukan kerajaan pusat.

“Buat masa ini, Adun kerajaan negeri menerima peruntukan tahunan lebih banyak berbanding Adun pembangkang.

Advertisement

“Begitu juga Adun pembangkang cuma diberi akses terhadap peruntukan kecemasan, pengurusan pejabat dan aktiviti rakyat.

“Tetapi tidak peruntukan pembangunan sebanyak RM100,000 yang juga sama penting untuk kesejahteraan rakyat di kawasan,” kata Jimmy dalam kenyatannya hari ini.

Ujarnya, jika di peringkat pusat boleh wujud MoU-terma peruntukan sama rata kerana kerajaan PN/BN punyai majoriti tipis, majoriti yang dimiliki kerajaan negeri Johor jauh lebih tipis-lebih sengit (BN 29-27 PH).

Advertisement

“Maka, lebih mencerminkan realiti politik semasa memerlukan kebijaksanaan kerajaan dan kerjasama rapi antara kedua-dua pihak demi kestabilan politik dan kebajikan rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid di Parlimen berkata, setiap wakil rakyat pembangkang dan kerajaan akan diberi nilai peruntukan yang sama.

Kata Jimmy, dengan pengumuman itu bermakna satu terma perjanjian dituntut Pakatan Harapan melalui Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi Parlimen akan dilaksanakan.

Advertisement

“Saya sambut baik pengumuman ini kerana ianya menghormati semangat serta prinsip demokrasi apabila tidak berlaku diskriminasi terhadap ahli parlimen pembangkang mahupun rakyat yang mengundi.

“Bukan setakat penggal ini sahaja malah kerajaan baharu selepas PRU-15 juga wajib meneruskan pelaksanaan dasar ini tanpa melihat latar belakang atau lambang parti seseorang wakil rakyat,” kata Jimmy lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top