BM | EN | 中文

Kerajaan negeri digesa semak semula senarai penerima Program Kasih Johor

Program-Kasih-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 DIS: Kerajaan Johor digesa agar menyemak semula senarai penerima Program Kasih Johor, susulan banyak aduan daripada oramg ramai bahawa mereka bukan pihak yang layak menerima manfaat daripada program itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan lapan Adun DAP Johor, sistem bagi program yang memerlukan pendaftaran secara dalam talian itu tidak menyatakan sebab ketidaklayakan mereka.

“Kami menerima banyak aduan daripada golongan B40 bahawa mereka bukan pemanfaat Program Kasih Johor.

Advertisement

“Sistem juga tidak memberi sebab ketidaklayakan mereka.

“Mereka berasa kecewa atas dasar kerajaan negeri dan justeru mengesa kerajaan negeri Johor supaya menyiasat dan memperbetulkan sistem pengagihan Program Kasih Johor.

“Keadaan ini serius dan melibatkan kebajikan beratus ribu keluarga berpendapatan rendah.

Advertisement

“Justeru, lapan ADUN atau pemimpin DAP dan 29 cawangan DAP atau DAPSY bersama mengesa kerajaan Johor memperbetulkan keadaan supaya tidak ada keluarga B40 tercicir bawah Program Kasih Johor,” kata Adun Skudai, Tan Hong Pin, mewakili tujuh Adun lain dan akar umbi parti itu.

Menurutnya, negeri Johor dianggarkan mempunyai kira-kira 400,000 keluarga golongan B40.

“Justeru Program Kasih Johor dianggarkan menelan belanja sehingga RM76 juta. Kerajaan Johor perlu mendedahkan berapa peruntukkan untuk Program Kasih Johor.

Advertisement

“Adakah kekurangan peruntukkan menyebabkan berlaku keadaan pengagihan baucer tidak adil? soalnya

Tambah beliau, kerajaan Johor harus memberi penjelasan punca tidak layak susulan ramai golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) tidak tahu kenapa mereka bukan pemanfaat Program Kasih Johor.

“Tambahan pula, pemanfaat akan menerima SMS daripada pihak Kerajaan Johor berdasarkan panduan Program Kasih Johor.

Advertisement

“Namun, ada sebahagian penduduk menerima SMS sebagai pemanfaat tetapi tidak layak ketika menyemak status kelayakan di laman sesawang Program Kasih Johor.

“Kerajaan negeri Johor perlu menyegerakkan pangkalan data B40 dan JKM dengan sistem Kasih Johor supaya tidak ada golongan B40 yang tercicir dalam Program Kasih Johor,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top