BM | EN | 中文

Kerajaan negeri boleh tumbang bila-bila masa – Bersatu Johor

Md-Nasir-Hashim-Bersatu-Johor-PPBM.jpeg
Advertisement

PAGOH, 31 MAC: Parti Pribumi Bersatu Johor (Bersatu) memberi amaran kepada Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad bahawa kerajaan negeri yang diterajui Umno boleh tumbang pada bila-bila masa.

Timbalan Pengerusi Bersatu Johor, Ir Md Nasir Hashim berkata, perkara itu boleh berlaku jika mana-mana dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang membentuk kerajaan negeri kecewa dengan pendirian Umno Johor.

“Saya ingin mengingatkan Menteri Besar, sekiranya terdapat mana- mana dua Adun daripada parti yang membentuk kerajaan negeri Johor kecewa dengan kenyataan dan pendirian beliau, kerajaan yang ada sekarang boleh tumbang bila-bila masa,” kata Md Nasir.

Advertisement

Beliau berkatam Bersatu Johor amat kecewa dengan kenyataan Hasni Mohamad dalam ucapan beliau di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 baru-baru ini yang jelas memperlekehkan kedudukan dan sumbangan Bersatu dalam pemuafakatan kerajaan negeri

“Sehingga kini, Bersatu masih lagi merupakan parti yang membentuk kerajaan negeri Johor dan membolehkan kerajaan negeri berfungsi dengan baik.

“Sebagai seorang Menteri Besar, beliau sepatutnya lebih berhemah dengan menghormati Bersatu sebagai parti yang mendokong kerajaan negeri dan kedudukan beliau sendiri sebagai Menteri Besar.

Advertisement

“Oleh yang demikian, Menteri Besar Johor sewajarnya lebih matang dan cermat dalam membuat sebarang kenyataan yang melibatkan parti yang mendokong kerajaan negeri pada hari ini,” katanya lagi.

Hasni pada PAU 2020 berkata, Umno Johor sedia bertembung dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di kubu kuatnya, iaitu kerusi Parlimen Pagoh, pada piihan raya umum (PRU) ke-15 nanti.

Hasni juga meminta kepimpinan parti memberi kuasa autonomi kepada Umno Johor untuk membuat perancangan menghadapi PRU tersebut.

Advertisement

Kata Hasni, Bersatu seperti ingin menjadikan Johor sebagai “lubuk” parti itu apabila Muhyiddin sendiri menjadi pengerusinya walaupun dia sibuk dengan tugasnya sebagai perdana menteri.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top