BM | EN | 中文

Kerajaan negeri bina jajaran jalan baru pendekkan masa perjalanan ke daerah Kulai

dr.sahruddin-mb-johor-01-scaled.jpg
Advertisement

KULAI, 28 JAN : Kerajaan negeri akan membina jajaran jalan baru Sedenak-Murni Jaya yang bakal memendekkan masa perjalanan pengguna jalanraya sehingga setengah jam untuk ke daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, projek berkenaan merupakan antara projek naik taraf jalan yang dikenal pasti untuk diselesaikan beliau sempena lawatan kerjanya ke daerah itu hari ini.

“Projek naik taraf jalan Sedenak Kulai di mana ada beberapa isu kita akan tangani antara kerajaan negeri dan pihak tertentu. Harap isu-isu berbangkit ini dapat diselesaikan dan naiktaraf jalan dapat dipercepatkan,”katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media sempena lawatan beliau ke daerah Kulai, hari ini.

Terdahulu Dr Sahruddin melakukan lawatan rasmi ke daerah ini termasuk mendengar taklimat pembangunan daerah di Pejabat Daerah Kulai

Turut hadir; Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Johor, Tosrin Jarvanthi dan Pegawai Daerah Kulai, Mohd Khir Johari Salleh.

Advertisement

Sementara itu, Mohd Khir berkata, proses pembinaan jajaran baharu Sedenak-Murni Jaya itu sudah dimulakan dengan kerja melukis jajaran jalan oleh JKR.

“Proses pengambil alihan tanah sepanjang 6.5 km di sebuah ladang kelapa sawit JCorp akan membabitkan kos RM7 juta dengan prosesnya sudah bermula dan dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.

“Projek pembinaan jajaran baharu ini akan memberi kemudahan buat lebih 1,000 penduduk kawasan Kulai Utara khusunya kawasan Murni Jaya selain membangunkan kawasan berkenaan yang dikelilingi ladang kelapa sawit, ” katanya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top