BM | EN | 中文

KERAJAAN NEGERI BERI PERHATIAN SERIUS NASIB GURU AGAMA JOHOR

Screenshot-2019-09-19-at-7.16.42-PM-1.png
Advertisement

KULAI, 19 SEPT: Kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Harapan sentiasa memberikan perhatian serius terhadap nasib para guru Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ), kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Tosrin Jarvanthi

Justeru itu, beliau mahu Bahagian Pendidikan Islam di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Majlis Agama Islam Negri Johor (MAINJ) sentiasa peka dan mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan sebarang isu berkaitan kebajikan para guru dan kakitangan pendidikan Islam di negeri ini.

“Bagi melahirkan modal insan cemerlang yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan, tenaga pengajarnya mestilah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan tinggi, berpegang teguh kepada agama, memiliki jati diri, beretika serra mempunyai minda kelas pertama.

Advertisement

“Mereka ini bukan sahaja penting kepada pembangunan negara, malah memainkan peranan utama bagi menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat serta meingkatkan daya saing negara di peringkat global,” kata Tosrin.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Perujian Membaca Al-Quran Murid-murid Sekolah Agama Peringkat Negeri Johor Kali ke-71 di kampus Yayasan Pelajaran Johor, disini, hari ini.

Tosrin, yang juga Adun Bukit Permai berkata, para guru SAKJ yang kini berdepan cabaran semasa perlu sentiasa dipersiapkan dengan prasarana, kemudahan serta kemahiran mendidik yang berkualiti, seiring arus kemodenan.

Advertisement

“Kita tidak mahu guru-guru yang menjadi sumber bagi memartabatkan diri anak-anak kita meninggikan syiar Islam ini ketinggalan dalam dunia moden.

“Selaku pengerusi jawatankuasa hal ehwal agama Islam di Johor, saya sentiasa prihatin dan mahu JAINJ beri perhatian, khususnya di bahagian pendidikan agama Islam.”

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top