BM | EN | 中文

KERAJAAN NEGERI AKAN SALUR PERUNTUKAN SEGERA BAIKPULIH MAAHAD JOHOR

dewan-lukman-al-hakim-maahad-johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 SEPT: Kerajaan negeri akan menyalurkan peruntukan segera bagi membaikpulih bangunan Dewan Luqman Al Hakim dan perpustakaan di Maahad Johor yang telah uzur.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi berkata, pihaknya kini sedang mengenalpasti kerosakan dan langkah membaikpulih bangunan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat portfolionya minggu hadapan.

“Saya sedang menunggu kertas kerja cadangan daripada pihak Maahad Johor, dan pada 17 September kita akan bawa perkara ini dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan dan kewangan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ).

Advertisement

“Kita telah lihat bahawa Dewan Maahad Johor memerlukan pembaikan. Dindingnya telah dimakan anai-anai.

“Keduanya, bilik kutub khanah (perpustakaan) lantainya telah terkopak.

“Ada kewajaran untuk diberikan peruntukan segera,” kata Tosrin kepada Johorkini selepas lawatan Semarak Muhibbah ke Maahad Johor, disini, hari ini.

Advertisement

Hadir sama dalam lawatan tersebut Sahibus Samahah Mufti Negeri Johor, Datuk Yahya Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Md Rofiki A Samsudin dan Pengetua Maahad Johor, Md Radhi Roslan.

Dalam program lawatan Semarak Muhibbah ke Maahad Johor hari ini, Tosrin turut membuat lawatan ke Galeri Ibnu-Kathir, meninjau sesi pembelajaran di dalam kelas selain beramah mesra bersama kakitangan dan pelajar.

Sebagai tanda kenangan, Tosrin turut menanam pokok Mangga Roma di perkarangan Surau Firdaus, Maahad Johor.

Advertisement

Maahad Johor atau sebelum ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Tinggi (Arab) Negeri Johor ditubuhkan pada 1960, bakal menyambut ulang tahun jubli perak pada tahun 2020.

Maahad Johor merupakan antara pusat pengajian di negeri Johor yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar yang masih bertahan dari awal penubuhannya.

Semenjak penubuhan, Maahad Johor telah menunjukkan kecemerlangannya dari segi akademik dan juga ko-kurikulumnya walaupun menghadapi beberapa cabaran dan permasalahan.

Advertisement

Di samping itu, Maahad Johor juga telah melahirkan ramai ahli ilmuan, ahli koporat serta barisan pemimpin yang berwibawa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top