BM | EN | 中文

KERAJAAN MEXICO ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA SULTAN JOHOR

Sultan-Ibrahim-Mexico-Carlos-Felix-Corona.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 DIS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima ucapan penghargaan daripada Kerajaan Mexico dibawah kepimpinan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador.

Penghargaan itu dizahirkan kerajaan Mexico di atas keputusan bersandarkan prinsip kemanusiaan Sultan Ibrahim yang sebelum ini berkenan meringankan hukuman gantung kepada hukuman seumur hidup membabitkan tiga beradik warga Mexico atas kesalahan mengedar dadah.

Menurut satu kiriman yang dimuatnaik di laman Facebook rasminya, surat penghargaan daripada Menteri Luar Mexico, Marcelo Luis Ebrard Casaubon dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim.

Advertisement

Surat penghargaan tersebut dipersembahkan oleh Duta Besar Mexico Ke Malaysia, Carlos Felix Corona, baru-baru ini.

Pada awal Oktober lalu, Pope Francis melalui wakil Setiausaha Negara Vatican, Archbishop Joseph Salvador Marino turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Sultan Ibrahim kerana meringankan hukuman tiga warga Mexico itu.

Setiausaha Negara Vatican Cardinal Pietro Parolin dalam kenyataan itu berkata, Pope bersyukur atas belas kasihan Sultan Ibrahim dan bantuan seterusnya kepada perwakilan tiga beradik Simon, Luis Alfonso dan Jose Regino Gonzalez Villarreal.

Advertisement

Ketiga mereka sebelum ini ditahan dalam serbuan ke atas sebuah makmal memproses methamphetamine di Johor pada Mac 2008.

Sultan Ibrahim mengubah hukuman mati ke atas banduan terbabit kepada hukuman penjara seumur hidup selepas bertahun-tahun lobi oleh diplomat Mexico, menurut kementerian luar negeri Mexico.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top